Video tular wanita hina Islam di kelab malam, JAWI mula jalan siasatan

July 9, 2022 · Isu semasa

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menjalankan siasatan awal berhubung satu klip video tular disyaki menghina agama Islam baru-baru ini yang berlaku di sebuah kelab di sekitar Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur.

Pengarahnya Datuk Mohd Ajib Ismail berkata pihaknya mengambil maklum berkenaan video tular berkenaan dan siasatan awal telah dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan JAWI, lapor Bernama.

Di bawah Seksyen 7, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559), mana-mana individu yang secara lisan atau secara bertulis atau dengan gambaran yang tampak atau dengan cara-cara lain menghina agama Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina, mempersendakan, mengajuk-ngajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam merupakan satu kesalahan yang apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Mohd Ajib berkata kepada Bernama ketika dihubungi hari ini bahawa JAWI tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertujuan menghina dan mencemarkan imej serta kesucian Islam yang berlaku di Wilayah Persekutuan khususnya menjelang ketibaan Aidiladha yang mulia.

Video berdurasi 54 saat itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai komen dalam kalangan netizen apabila seorang wanita yang bertudung dan memakai baju kurung mendakwa dirinya telah menghafaz 15 juzuk Al-Quran lalu menanggalkan pakaian yang menutup aurat itu dan hanya meninggalkan pakaian yang mencolok mata.

Perbuatannya itu telah mendapat sorakan dan gelak tawa dalam kalangan penonton kelab berkenaan.

Berita berkaitan
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Ahli Parlimen dilarang guna ‘kafir’, ‘zionis’ dan ‘yahudi’ semasa berbahas: Speaker
October 23, 2023· Politik
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
September 26, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Negeri Sembilan belum cadang kecualikan bil air mangsa banjir
January 5, 2022
100 hari: KJ cuma bagi markah B- untuk kerajaan Anwar
March 7, 2023
Permohonan rayuan peguam Najib gantung saman LHDN RM9.41 juta pada 16 Jun
February 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
16 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
16 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok