Video pemandu Proton ambil kesempatan siren bomba elak kesesakan cetus kemarahan

March 30, 2021 · Isu semasa

Rakaman kamera menunjukkan pemandu Proton Wira mengambil kesempatan ke atas bunyi siren kereta bomba untuk mengelak kesesakan lalu lintas mencetuskan kemarahan pengguna lain, termasuk komuniti dalam talian.

Anggota Bomba dan Penyelamat, Mohd Ridzwan Shah dalam video TikTok dimuatnaik pada 28 Mac lalu menggesa pengguna jalan raya memberi laluan kepada kenderaan kecemasan.

“Tolong beri kerjasama sekiranya mendengar siren kecemasaan dan jangan contohi seperti pemandu yang berada di dalam video ini❤️ TERIMA KASIH,” katanya.

Kejadian itu dipercayai berlaku di persimpangan Jalan Bakar Batu, Johor Bahru.

Tatkala kenderaan di kedua-dua belah jalan memberi laluan kepada kereta bomba melaluinya, pemandu Proton Saga hitam itu mengambil kesempatan memotong, tetapi gagal melintasi persimpangan itu.

Dalam video berdurasi 2 minit itu, kenderaan bomba dilihat terpaksa mengekori Proton Wira berkenaan dengan membunyikan hon berulang kali, selain bunyi siren yang sedia terpasang.

Berita berkaitan
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
ADUN Kota Seputeh terlibat kemalangan dekat Arau
December 13, 2023· Isu semasa
Operasi mencari mangsa dalam runtuhan gudang diteruskan
November 29, 2023· Isu semasa
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Lelaki dirakam CCTV raba bontot dihukum penjara setahun
March 31, 2021
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Rakaman sejam bahan bukti kes bekas ketua perisik Malaysia
April 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok