Lelaki cekik pembantu kedai ditangkap

April 19, 2021 · Isu semasa

Polis menangkap seorang lelaki yang mencekik dan mengugut seorang pekerja sebuah kedai runcit selepas ditegur tidak memakai pelitup muka malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, suspek berusia 50 tahun itu ditahan pada jam 10 malam tadi bagi membantu siasatan kejadian yang berlaku di Taipan 2, Senawang selepas mangsa membuat aduan.

“Polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa yang juga pekerja kedai pada jam 12.33 tengah hari tadi,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati mangsa yang berusia 22 tahun telah menegur suspek kerana tidak memakai pelitup muka, menyukat suhu dan juga tidak menulis nama pada buku yang disediakan.

Katanya, suspek akan di bawa ke Kompleks Mahkamah Seremban esok untuk tahanan reman mengikut Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan kerana mengugut dan dengan sengaja mendatangkan cedera pada mangsa.

Mohd Said berkata, suspek juga akan dikenakan kompaun atas ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Negeri Sembilan belum cadang kecualikan bil air mangsa banjir
January 5, 2022
Muhyiddin, keluarga ucap selamat menyambut Deepavali
October 23, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
14 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
14 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok