Video judi raya dimuat naik dari luar negara

April 17, 2021 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengakui tidak dapat mengawal penyebaran video yang dimuat naik di platform berpangkalan di luar negara.

Dalam satu kenyataan hari ini, SKMM berkata, kandungan yang dimuat naik itu pula tidak perlu melalui Lembaga Penapisan Filem (LPF) kerana ianya bukan di platform tempatan.

SKMM mengesahkan klip video raya GDBET333 yang mengajak umat Islam berjudi mencari dana untuk pulang menyambut Aidilfitri dimuat naik dari platform luar negara.

“SKMM telah mendapati penyiaran satu lagi iklan yang mengajak umat Islam di negara ini untuk berjudi bagi mendapatkan dana balik kampung sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang tular di media sosial ketika ini.

“SKMM telah sekali lagi menghubungi penyedia platform media seperti Facebook, Twitter dan Youtube untuk menurunkan kandungan berkenaan mengikut terma perkhidmatan serta piawaian komuniti yang ditetapkan mereka,” kata SKMM.

Kenyataan itu berkata, sehingga kini SKMM telah meminta Facebook, Twitter dan YouTube menurunkan 61 kandungan yang berpangkalan di luar negara.

Tiga belas peratus daripadanya telah pun diturunkan berdasarkan pelanggaran terma perkhidmatan dan piawaian komuniti yang ditetapkan.

“Terdapat pertambahan yang mendadak kepada kandungan dilaporkan kepada penyedia platform pada hari ini kerana banyak pengguna media sosial memuat naik semula di laman mereka,” katanya.

Berita berkaitan
Senator dilantik Pengerusi Finas, Mohamad Salim dilantik Pengerusi SKMM
June 10, 2022· Isu semasa
Pelakon dalam video tular ghairah akan disiasat: Annuar
March 22, 2022· Isu semasa
Jaga sama sensitiviti agama, tegur Annuar kepada syarikat televisyen
March 20, 2022· Isu semasa
Akta judi dalam talian perlu digubal untuk pengawasan: Zahidi
November 15, 2021· Isu semasa
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
2 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
2 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
3 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
3 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok