Veteran ATM tak berpencen juga dapat bantuan khas RM350

November 1, 2021 · Isu semasa

Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM350 secara sekali beri kepada satu juta pesara kerajaan yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2022 pada Jumaat lepas akan turut diberikan kepada golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu selaras amalan semasa kerajaan yang prihatin terhadap golongan veteran ATM tidak berpencen agar turut menerima BKK.

Beliau berkata inisiatif berkenaan telah dilaksanakan pada Bajet 2021 dengan RM300 diberikan kepada kumpulan pesara.

Ismail Sabri berkata Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) menganggarkan sehingga kini terdapat kira-kira 300,000 veteran ATM terdiri daripada mereka yang berpencen, penerima pencen terbitan dan tidak berpencen.

“Namun daripada jumlah itu, hanya seramai 82,000 veteran ATM tidak berpencen telah berdaftar dengan JHEV sehingga 30 Sept 2021.

“Sehubungan itu, veteran ATM tidak berpencen yang belum berdaftar disarankan untuk berbuat demikian dengan JHEV agar BKK dapat disalurkan kepada mereka menjelang bulan Januari 2022,” katanya dalam satu kenyataan lapor Bernama hari ini.

Jumaat lepas, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat berkata seramai satu juta pesara kerajaan akan menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM350.

Berita berkaitan
Pendapatan sejuta tapi dapat subsidi Tabung Haji, kata Anwar
October 17, 2023· Isu semasa
Tokoh wartawan kanan zahir kebimbangan SKMM digunakan untuk sekat berita
August 30, 2023· Isu semasa
Tiada tindakan diambil terhadap Fahmi berkempen di masjid: MAIS
August 29, 2023· Politik
Undi awal PRN di enam negeri bermula esok
August 7, 2023· Politik
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Sidang Dewan Rakyat: Peratus kehadiran MP PN paling baik
April 8, 2023
Ringgit mata wang paling rendah di Asia bagi 2023
July 1, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
21 jam lalu · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok