Varian Omicron dikesan di Pulau Pinang, 10 kes sudah dikenalpasti

January 11, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 10 kes melibatkan varian Omicron sudah dikesan di Pulau Pinang setakat semalam.

Perkara itu disahkan Ketua Menterinya Chow Kon Yeow dan terdapat individu yang dijangkiti sudah pulih serta dibenarkan keluar wad selepas mendapatkan rawatan.

Menurutnya, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) kini sedang memerhati situasi semasa berhubung varian itu dan sentiasa bersiap siaga pada setiap masa.

“Kes yang direkodkan ini juga semua dari kategori 1 dan 2 yang sebahagiannya sudah discaj dari wad.

“Semua kes ini tidak membabitkan komuniti yang mana ia adalah kes import membabitkan individu baharu pulang dari umrah dan juga ada dari Dubai.

“Dalam pada itu, tiada kes kontak rapat membabitkan varian ini dilaporkan. Jadi melihat kepada situasi ini keadaan di Pulau Pinang masih lagi terkawal,” katanya lapor BH.

Kon Yeow terdahulu mengadakan kunjungan sempena Tahun Baharu Cina di Pejabat New Straits Times Press (NSTP) hari ini.

Kehadiran Kon Yeow disambut warga kerja NSTP diketuai Pengurus Besar Pemasaran, Komunikasi Korporat dan Sokongan Jualan NSTP, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Kon Yeow meluangkan masa kira-kira satu jam beramah mesra dengan warga kerja NSTP dan makan tengah hari.

Sementara itu, Kon Yeow berkata, program vaksinasi dos penggalak di Pulau Pinang kini mendapat sambutan apabila 36 peratus iaitu lebih 500,000 rakyat sudah mendapatkan suntikan di fasiliti yang disediakan.

“Buat masa ini pusat pemberian vaksin dos penggalak membabitkan klinik dan hospital swasta serta PPV Offsite mencukupi dan tiada lagi keperluan untuk mewujudkan PPV mega.

“Saya berharap kadar suntikan dos penggalak dapat dipercepatkan supaya rakyat lebih dilindungi dan selamat yang mana setakat ini kadar pemberian suntikan penggalak sehari adalah 18,000 dos,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
6 pelajar MRSM di Kuala Kangsar positif Covid-19
December 2, 2021
PM arah segerakan bantuan RM1,000 kepada mangsa banjir
December 21, 2021
1MDB: Jho Low gelar Najib ‘Optimus Prime’, kata saksi
November 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok