Varian Delta menular di Lembah Klang, orang ramai dinasihat bertenang

July 28, 2021 · Isu semasa

Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley (GKV STF) memaklumkan penularan varian Delta dalam komuniti di sekitar Lembah Klang semakin meluas sekali gus menyumbang kepada peningkatan kes positif Covid-19.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong bagaimanapun menasihatkan orang ramai supaya kekal bertenang kerana pelbagai usaha diteruskan oleh pasukan itu dalam menangani penularan wabak berkenaan.

Katanya pasukan bertindak khas itu bekerja keras bagi melaksanakan langkah-langkah yang perlu untuk membendung impak wabak Covid-19 bagi menyelamatkan nyawa penduduk.

“Peningkatan kes dan kematian Covid-19 menunjukkan betapa seriusnya keadaan sekarang dan ini amat membimbangkan. Malah, jangkitan Covid-19 kini telah menular dengan meluas dalam komuniti sehinggakan kapasiti hospital di Greater Klang Valley termasuklah unit rawatan rapi (ICU) telah mencecah tahap maksimum.

Beliau berkata ramai pihak yang mempersoalkan peningkatan itu sedangkan sebenarnya penularan wabak ini adalah jauh lebih besar berbanding jumlah kes positif yang dikesan setiap hari berpunca daripada individu yang tidak bergejala.

“Ramai individu yang tidak mengalami gejala atau pre-symptomatic tidak menyedari bahawa mereka telahpun dijangkiti dan boleh menyebarkan virus ini kepada orang lain. Perlu diingatkan bahawa keberkesanan vaksin mengambil masa dan keberkesanan adalah dua minggu selepas melengkapkan dos kedua.

“Jadi, vaksin ini memerlukan masa untuk bertindak balas dan melindungi individu tersebut. Malah, kemunculan varian Delta dalam komuniti yang mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi turut menyumbang kepada peningkatan kes ini.

“Tambahan pula, berdasarkan data-data dari negara-negara yang merekodkan kadar vaksinasi yang tinggi, jangkitan virus ini masih boleh berlaku disebabkan oleh varian Delta walaupun terdapat pengurangan ketara pesakit yang masuk ke hospital dan pesakit yang bergejala teruk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata krisis Covid-19 sekarang ini adalah yang terburuk pernah dialami oleh komuniti dan perkhidmatan kesihatan Malaysia.

“Namun, kami masih belum berputus asa dan akan kekal tabah untuk melakukan apa yang terbaik yang kami mampu. Kami juga amat berterima kasih kerana memahami keterbatasan kami dan atas sokongan kuat yang diberikan kepada kami,” katanya.

Untuk itu katanya, GKV STF telah merangka beberapa langkah yang strategik bagi mengoptimumkan perkhidmatan perawatan, mengurangkan penularan virus dan menyediakan perkhidmatan sokongan kepada komuniti dan petugas kesihatan.

Ikuti kenyataan penuh Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley dan langkah-langkah yang perlu orang ramai ambil di ruangan RENCANA Agenda Daily.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok