Varian Delta di dalam komuniti: Patuh SOP, amalkan pencegahan

August 6, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) sekali lagi meningatkan orang ramai supaya kekal mengamalkan langkah-langkah pencegahan, dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) susulan penularan varian Delta telah dikesan di dalam komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan jumlah kes yang dialami di seluruh negara sekarang ini dipercayai disumbang oleh penularan varian Delta.

“Sehingga kini sebanyak 199 kes varian Delta telah dikesan dalam komuniti,” katanya sambil mengingatkan bahawa varian ini telah menyebabkan kadar jangkitan virus yang lebih cepat, agresif, dan kurang menunjukkan respon terhadap rawatan yang diberikan.

Oleh itu, KKM menasihatkan orang ramai supaya sentiasa patuh dan kekal mengamalkan langkah-langkah pencegahan, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan mendapatkan vaksinasi Covid-19, katanya lagi.

Beliau berkata KKM menjangkakan kes akan mula menurun pada akhir bulan Ogos apabila lebih daripada 40 peratus populasi di Malaysia mendapat dos lengkap vaksin.

Dr Noor Hisham juga berkata peningkatan kes harian yang kian melonjak sekarang ini menunjukkan bahawa jangkitan virus Covid-19 sudah menular dalam komuniti.

“Jumlah kluster juga telah didapati meningkat daripada 286 kluster dalam tempoh di antara 23 Jun 2021 hingga 6 Julai 2021 kepada 347 kluster dalam tempoh di antara 7 Julai 2021 hingga 20 Julai 2021, dan seterusnya kepada 401 kluster dalam tempoh di antara 21 Julai 2021 hingga 1 Ogos 2021.

“Dalam tempoh yang sama, di dapati bilangan kluster tempat kerja juga telah meningkat dari 180 kluster kepada 204 kluster dan terkini adalah 213 kluster, manakala bilangan kluster komuniti juga meningkat dari 86 kluster kepada 91 kluster, dan terkini 142 kluster bagi tempoh tersebut.

“Peningkatan ini adalah susulan dari saringan kontak rapat yang meluas,” katanya.

Selain itu katanya, tahap kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat menyebabkan ramai yang menjalankan ujian kendiri atau pengesanan COVID-19 apabila bergejala atau mengetahui mereka adalah kontak rapat.

“Didapati bahawa lebih kurang 70 peratus ujian RTK-Antigen dijalankan oleh agensi swasta,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok