Varian baharu Omicron XBB dikesan berada dalam Malaysia: Khairy

October 21, 2022 · Isu semasa

Subvarian baharu Covid-19, Omicron XBB dikesan sudah memasuki negara selepas beberapa kes dikesan melibatkan pesakit dijangkiti virus tersebut, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM menjangkakan bakal terdapat peningkatan kes baharu Covid-19 pada masa terdekat susulan penemuan varian baharu tersebut dan memandangkan negara bakal menjalani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi.

Menteri Kesihatan sementara, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagaimanapun menasihati orang ramai tidak bimbang dengan perkembangan itu, namun perlu sentiasa berwaspada memandangkan negara masih dalam fasa peralihan ke endemik.

“Kita dah kesan XBB di Malaysia, namun setakat ini ia tidak membawa kepada peningkatan dari segi kemasukan ke hospital dan kematian, itu yang menjadi kayu ukur terpenting. Bagi saya, kita tengok ada sedikit peningkatan, masing-masing buat penilaian risiko, tiada yang perlu dibimbangkan setakat ini.

“Sejauh mana ia akan meningkat, pegawai saya di KKM sedang membuat unjuran berdasarkan model jangkitan yang kita ada sebelum ini dan minggu depan saya dapat memberi unjuran lebih tepat,” katanya dipetik laporan media hari ini.

Kementerian Kesihatan Singapura sebelum ini dilapor memaklumkan kes Covid-19 di negara itu kembali meningkat sejak sebulan lepas, terutamanya berpunca daripada subvarian Omicron XBB dengan gelombang jangkitan XBB dijangka memuncak pada pertengahan November ini.

Khairy berkata, meskipun kemungkinan berlaku peningkatan kes di negara ini, KKM tidak mempunyai perancangan untuk mengembalikan sebarang sekatan, termasuk melaksanakan pemakaian pelitup muka semula.

“Fasa peralihan ke endemik mesti mengambil kira mutasi virus kepada varian baharu. Kalau datang varian baharu tidak dijangkakan yang boleh meningkatkan kebolehjangkitan, kesan dan gejala, maka kita akan semak balik (pakai pelitup muka), tetapi setakat ini tidak.”

Ditanya sama ada KKM mempunyai langkah tambahan diperkenalkan terhadap individu yang berulang alik dari Johor Bahru ke Singapura, katanya, setakat ini belum ada, namun pihaknya sentiasa memantau dan berhubung dengan Menteri Kesihatan Singapura, Ong Ye Kung mengenai perkara itu.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, KKM sudah menghantar cadangan prosedur operasi standard (SOP) kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi PRU-15 dengan tiada langkah tambahan atau sekatan diperkenalkan.

“Saya lihat keadaan terkawal, jadi kita tak nak apa-apa sekatan, nak buat ceramah, buatlah. Cuma kalau rasa tempat sesak, pakailah pelitup muka. Sekarang ini lebih kepada pemerkasaan individu. KKM dah bagi cadangan kepada SPR supaya pengundian dapat dijalankan dengan selamat.”

Berita berkaitan
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
11 jam lalu· Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
18 jam lalu· Politik
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
18 jam lalu· Isu semasa
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
18 jam lalu· Politik
Popular
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
September 30, 2023
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
18 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023 · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023 · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
21 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok