Van sekolah jatuh longkang, 15 pelajar cedera ringan

August 16, 2022 · Isu semasa

Seorang pelajar sekolah patah tangan, manakala 15 lagi cedera ringan apabila van sekolah yang mereka naiki terbabas ke dalam longkang di Tikam Batu dekat Sungai Petani, Kedah, pagi tadi (16 Ogos 2022).

Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pemandu van berusia 50-an itu mengalami kecederaan ringan di kepala dalam kejadian itu.

Ehsan berkata anggota bomba dari Balai Bomba Tikam Batu telah dihantar ke tempat kejadian berhampiran Taman Rhu berikutan panggilan kecemasan dibuat pada 7.40 pagi.

“Berdasarkan maklumat awal, pemandu hilang kawalan sebelum van itu terbabas ke dalam longkang.

“Ketika kejadian, van itu membawa 16 murid ke sekolah. Mujur tiada seorang pun murid tersepit di dalam kenderaan yang terjatuh di sebelah kirinya,” katanya dalam satu kenyataan.

Ehsan berkata, mangsa ialah 10 lelaki dan enam perempuan berusia antara tujuh hingga 12 tahun.

Mereka dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan lanjut.

Berita berkaitan
Anak bersama bapa ditahan simpan ganja 21.9kg bernilai RM52,500
September 3, 2022· Isu semasa
Pengarah urusan syarikat tipu pakej umrah dipenjara 10 tahun
August 9, 2022· Isu semasa
Polis tahan lori bawa 48 pekerja kilang proses ayam positif Covid-19
June 14, 2021· Isu semasa
Popular
Kes libat Syed Saddiq lebih berat daripada Rosmah, SRC: Pendakwaan
October 6, 2022
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
October 6, 2022
PM menghadap Agong 45 minit
October 6, 2022
UMNO nak PRU masa banjir, Agong tinjau persediaan banjir
October 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
8 jam lalu · Isu semasa
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
8 jam lalu · Isu semasa
Kutipan cukai individu 2021 jatuh RM11 bilion: Ketua Audit Negara
9 jam lalu · Isu semasa
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
10 jam lalu · Isu semasa
PM menghadap Agong 45 minit
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
10 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok