Vaksinasi ‘walk in’ diperluas ke seluruh negara

August 2, 2021 · Isu semasa

Kerajaan memperluaskan program vaksinasi ‘walk in’ bagi warga emas berusia 60 tahun ke atas mulai minggu depan, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.

Bercakap pada sidang media di Putrajaya hari ini beliau berkata perangkaan semasa peringkat nasional menunjukkan 95 peratus daripada warga emas yang berdaftar telah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Sehubungan itu, katanya kerajaan menerusi Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) bersetuju supaya program ‘walk in’ itu yang kini dilaksanakan di Lembah Klang diperluaskan ke semua negeri.

Program ‘walk in’ pemberian vaksin Covid-19 di Lembah Klang bermula hari ini hingga Rabu (4 Ogos 2021) khusus untuk penerima vaksin berusia 40 tahun ke atas atau mereka daripada kumpulan berisiko tinggi untuk mengalami kesan yang teruk daripada Covid-19 sekiranya dijangkiti.

Manakala walk in bagi semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas di Lembah Klang bermula 5 Ogos hingga 22 Ogos.

Khairy berkata langkah memperluaskan vaksinasi ‘walk in’ itu akan membantu setiap negeri mencapai nilai ambang 40 peratus populasi penduduk dewasa lengkap menerima dua dos suntikan imunisasi menjelang 31 Ogos ini.

Bagi tujuan itu pihaknya telah menetapkan dua kriteria penghantaran bekalan vaksin kesemua negeri iaitu kawalan wabak dan negeri yang mempunyai kadar vaksinasi rendah, katanya.

“Kita mahu pastikan mana-mana negeri yang berada pada kadar vaksinasi rendah dapat dipertingkatkan selain membantu negeri itu menyamai negeri lain, dengan tujuan semua negeri akan capai nilai ambang 40 peratus,” katanya.

Khairy juga berkata CITF akan membincangkan mengenai keperluan untuk perolehan tambahan Sinovac menerusi mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) Jumaat ini.

Mengenai dakwaan syarikat pengeluar vaksin Pfizer-BioNTech akan menaikkan harga, beliau berkata rundingan kerajaan dengan syarikat pengeluar itu untuk pembelian pada 2022 baru bermula.

“Kita belum muktamadkan perolehan dikehendaki Malaysia termasuk harga jualan yang akan ditawarkan,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok