Vaksinasi remaja negara sudah capai sasaran 90 peratus: Khairy

December 6, 2021 · Isu semasa

Malaysia mencatatkan pencapaian penting hari ini apabila 90 peratus daripada populasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

“Kami telah mencapai kejayaan penting hari ini dengan 90 peratus daripada populasi berumur 12-17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. Bagi warga emas, sila dapatkan segera dos penggalak anda kerana ia telah tersedia,” katanya dalam catatan di Twitter beliau, hari ini lapor Bernama.

Sebanyak 2,830,449 individu atau 90 peratus daripada populasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun menerima satu dos vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman CovidNOW, 86.5 peratus atau 2,721,784 daripada populasi remaja pula lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19.

Bagi populasi dewasa, sebanyak 22,722,055 individu atau 97.1 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,049,440 atau 98.5 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, bagi vaksinasi harian, sebanyak 54,517 dos vaksin diberikan semalam membabitkan 1,713 dos pertama, 2,605 dos lengkap serta 50,199 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 54,091,375 dos.

Sementara itu, dalam catatan berasingan, Khairy memaklumkan nilai Rt (kadar kebolehjangkitan) di Malaysia kini menghampiri 1.0 semula dan mengingatkan orang ramai untuk meningkatkan langkah pencegahan dan sentiasa mengamalkan TRIIS iaitu ‘Test, Report, Inform, Isolate dan Seek’.

“Rt menghampiri 1 semula. Dua minggu lepas bila (Rt) melepasi 1, kita semua telah mainkan peranan untuk menurunkan balik angka Rt. Yakin kita boleh. (Pakai) pelitup, (jaga) jarak, elak (tempat) sesak, (ambil) dos penggalak, jaga ibu bapa dan (amalkan) #TRIIS,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Zeti beritahu saya Najib banyak duit dalam akaun: Dr M
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok