Vaksinasi: Kes Covid-19 dijangka turun bulan depan

July 26, 2021 · Isu semasa

Kerajaan menjangkakan jumlah kes Covid-19 mula menurun pada Ogos apabila 40 peratus populasi penduduk dewasa di negara ini lengkap divaksinasi sekali gus mengurangkan jumlah kemasukan ke hospital.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata penggunaan vaksin mampu mencegah kesan teruk apabila dijangkiti Covid-19 dan kadar kemasukan ke hospital untuk warga emas juga telah menunjukkan trend penurunan.

Berdasarkan data dari Hospital Sungai Buloh, katanya kadar kemasukan ke hospital untuk warga emas bagi kategori 4 dan 5, menunjukkan trend penurunan selaras pelaksanaan Fasa 2 PICK.

“Vaksin Covid-19 sememangnya alat perlindungan penting kepada manusia dalam berdepan virus SARS-CoV-2,” katanya dalam temu bual bersama media secara maya baru-baru ini.

Khairy berkata, keraguan terhadap keberkesanan vaksin Covid-19 di negara ini dilihat semakin menurun, setelah ramai yang mendaftar untuk menerima suntikan.

“Mungkin ada yang tidak mahu menerima vaksin sebab ingin ambil ubat yang lain-lain, tetapi apabila diumumkan apa yang dibenarkan sekiranya lengkap vaksinasi, lebih ramai akan tampil untuk divaksinasi,” katanya.

Mengenai keperluan untuk suntikan ketiga vaksin (booster) di negara ini, beliau berkata perkara tersebut akan dikemas kini dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) pada minggu hadapan.

Katanya beliau difahamkan ‘technical working group’ yang dipengerusikan Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal, Institut kesihatan Negara (NIH) Dr Kalaiarasu M. Peariasamy, akan buat beberapa syor berkenaan ‘booster shot’.

Dalam pada itu, Khairy berkata pihaknya telah meminta Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), untuk memeriksa aspek pengudaraan di semua pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara bagi mengelakkan berlakunya penularan wabak Covid-19 di PPV.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM masih cari jutaan ringgit kes pembantu menteri DAP: Laporan
April 18, 2023
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok