Vaksin pertama kanak-kanak sudah diberikan kepada lebih 206,000 orang

February 15, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 206,748 atau 5.8 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web CovidNOW, sejumlah 13,373,479 atau 56.8 peratus populasi dewasa dalam negara telah menerima dos penggalak Covid-19, setakat semalam, menurut laporan Bernama.

Sejumlah 22,938,190 individu atau 97.5 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 98.7 peratus atau 23,214,625 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,796,021 individu atau 89.9 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,875,825 atau 92.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sebanyak 149,888 dos vaksin diberikan meliputi 38,738 dos pertama, 1,489 dos kedua dan 109,661 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah PICK sebanyak 65,198,894 dos.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, sebanyak 24 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan Johor dan Sabah masing-masing lima kes, Selangor dengan empat kes, Kedah melaporkan tiga kes manakala Kelantan, Negeri Sembilan dan Terengganu masing-masing dua kes dan Perak satu kes.

Berita berkaitan
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Polis tahan pelajar antarabangsa miliki bahan pornografi kanak-kanak
September 22, 2022· Isu semasa
Bakal jemaah haji tidak boleh terus bergantung bantuan kewangan kerajaan
September 21, 2022· Isu semasa
Harga sawit tinggi, nilai ringgit masih terkawal semasa Muhyiddin jadi PM
September 21, 2022· Politik
Popular
Peguam Najib kata RM60.6j hadiah Saudi, tapi saksi tak dapat sahkan
September 28, 2022
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
Kes Ebit Lew: Saksi minta mangsa buat laporan polis di Sabah
September 28, 2022
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu wujudkan mekanisme pantau, nilai pelaksanaan syor MPN
5 jam lalu · Isu semasa
SRC, 2 anak syarikat selesai saman terhadap Putrade Property: Laporan
5 jam lalu · Isu semasa
Hampir 16,000 anggota agensi bencana siap sedia di Selangor
6 jam lalu · Isu semasa
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
6 jam lalu · Isu semasa
FAA akan letak semula keselamatan udara kita ke Kategori 1: Laporan
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok