Vaksin Covid-19: Selamatkah anak anda?

February 3, 2022 · Isu semasa

Pada 20 Januari lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pemberian vaksin Covid-19 jenis Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun bermula Februari ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, keutamaan untuk pemberian vaksin pada permulaan program tersebut adalah kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan kerana mereka lebih berisiko untuk dijangkiti Covid-19.

Persoalannya, ramai ibu bapa masih was-was dan takut tentang keberkesanan vaksin Covid-19 memandangkan anak mereka baru berusia 12 tahun ke bawah.

Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah berkata, pemberian vaksin kepada kanak-kanak yang berumur antara lima hingga 12 tahun adalah penting memandangkan golongan tersebut dianggap sebagai berisiko tinggi ketika ini.

Ini kerana terdapat pelbagai kelonggaran telah dibenarkan yang turut melibatkan golongan tersebut terdedah dengan risiko jangkitan.

“Menurut kajian dan data saintifik daripada Amerika Syarikat (AS), Singapura dan beberapa negara lain mendapati vaksin Covid-19 perlu diberikan kepada anak-anak. Mereka adalah golongan yang mudah untuk dijangkiti, sama seperti golongan dewasa.

“Melihat kepada akhir-akhir ini, banyak kelonggaran yang telah diberikan seperti rentas negeri, aktiviti besar-besaran seperti membuat majlis. Walaupun dibuat dengan prosedur operasi standard (SOP) tetapi saya lihat benda ini telah dilonggarkan menyebabkan risiko untuk dijangkiti masih wujud.

“Sekarang kita lihat jumlah pesakit harian masih lagi melebihi 4,000 kes. Ini membimbangkan. Walaupun golongan dewasa hampir mencecah 100 peratus kadar vaksinasi, golongan berisiko seperti kanak-kanak yang tiada perlindungan ini amat diperlukan perlindungan,” katanya.

Dalam pada itu, Pakar Pediatrik Pantai Hospital Cheras (PHC), Dr Yeoh Seen Hun, sebenarnya kesan sampingan ringan suntikan hampir sama dengan golongan dewasa iaitu gejala lokal seperti sakit, merah atau bengkak di tempat suntikan. Tanda -tanda lain seperti demam gigil, letih, loya adalah mungkin dan selalunya akan sembuh dalam beberapa hari.

“Jarang sekali, kesan sampingan yang serius seperti  keradangan jantung( myocarditis, pericarditis) boleh berlaku terutamanya pada kumpulan bawah 30 tahun dan kebanyakan pesakit sembuh tanpa komplikasi. Jumlah 780 kes telah dilaporkan daripada jumlah 328 juta dos vaksin yang telah disuntik. Perbincangan dan kajian lanjut masih dalam proses sementara ini,” katanya.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa, sebelum anak-anak mendapatkan vaksin, adalah penting untuk ibubapa menerangkan kepada anak-anak  keperluan dan kepentingan vaksin untuk melindungi dia daripada jangkitan yang bahaya ini.

“Secara jujur, beritahulah anak-anak mengenai suntikan. Ini dapat menenangkan mereka supaya tidak terlalu risau atau takut mengenai kesakitan suntikan jarum. Sokongan dan galakan adalah sangat penting dan jangan menggunakan cara mengugut.

“Sebelum suntikan, pastikan pegawai vaksin diberitahu sekiranya ada sejarah alergi kepada ubat atau suntikan sebelum ini, bawa bersama senarai ubat yang sedang diambil sekiranya mempunyai  penyakit tertentu . Sebaik-baiknya dapatkan pendapat atau surat sokongan daripada doktor yang sedang merawati sekira tidak pasti,” katanya.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Cuaca panas, KKM jangka kes strok haba meningkat
May 13, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
10 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
11 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
11 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
11 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
14 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok