Vaksin Covid-19: Putrajaya sekali lagi sifar penerima dos pertama semalam

August 29, 2021 · Isu semasa

Kadar peratusan populasi dewasa yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 di semua negeri dan wilayah sehingga semalam telah melepasi angka 50 peratus.

Mengikut data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) peratusan terendah populasi dewasa yang telah menerima vaksin Covid-19 ialah Sabah sebanyak 56.3 peratus dan Kelantan (58.2 peratus).

Sementara itu rekod JKJAV yang dikeluarkan hari ini juga menunjukkan Wilayah Persekutuan Putrajaya sekali lagi mencatatkan sifar penerima dos pertama vaksin Covid-19 semalam, manakala 1,955 penerima lagi melengkapkan dos kedua masing-masing.

Beberapa hari lalu, Putrajaya juga merekodkan sifar penerima dos pertama sekali gus menunjukkan hampir keseluruhan populasi dewasa di wilayah itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19.

Pada masa sama, jumlah penerima vaksin di Wilayah Persekutuan Labuan juga semakin menurun apabila hanya 57 penerima dos pertama dan 80 penerima dos kedua direkodkan semalam.

Data JKJAV juga menunjukkan sehingga semalam 93.2 peratus populasi dewasa di Labuan telah melengkap dos kedua masing-masing, sekali gus menghampiri kepada 100 peratus imuniti kelompok.

Secara keseluruhan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin di seluruh negara sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan Februari lalu hingga semalam, mencecah lebih 33.72 juta dos.

Daripada jumlah itu 82.2 peratus daripada populasi dewasa di seluruh negara menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan, manakala 61.9 peratus lagi melengkapkan dos kedua.

Semalam sahaja, sebanyak 336,642 dos diberikan membabitkan 146,632 dos pertama dan 190,010 penerima melengkapkan dos kedua.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
August 9, 2022· Dunia
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Popular
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
August 14, 2022
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
August 14, 2022
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022
Skandal LCS: PM jangan jadi pak turut, tubuh RCI siasat pemimpin UMNO
August 14, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia Airlines rai penerbangan terus pertama ke Haneda, Jepun
59 minit lalu · Isu semasa
Peninju Thailand maut selepas aksi muay thai di Kota Bharu
2 jam lalu · Isu semasa
Polis akan panggil 13 individu demonstrasi kapal tempur LCS
3 jam lalu · Isu semasa
RTM siar 41 perlawanan Piala Dunia Qatar 2022, 27 siaran langsung
3 jam lalu · Isu semasa
KPM akan umum data pelajar lepas SPM tidak lanjut pelajaran: Radzi
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok