Vaksin COVID-19: Individu barisan hadapan ekonomi masuk fasa kedua

March 25, 2021 · Isu semasa

Beberapa kumpulan baharu, terutama yang dikategorikan sebagai ‘barisan hadapan ekonomi’ akan ditambah untuk pemberian vaksin COVID-19 pada fasa kedua yang bakal diumum pada Isnin ini.

Bagaimanapun, warga emas, golongan berisiko tinggi dengan penyakit kronik dan orang kurang upaya masih lagi diberi keutamaan untuk fasa kedua.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenainya akan dibuat selepas dipersetujui Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, perkara itu dilakukan memandangkan pendaftaran untuk fasa kedua masih belum mencapai sasaran sepenuhnya menyebabkan jawatankuasa itu membuat keputusan untuk mendahulukan beberapa kategori lain.

“Tapi saya ingin tegaskan bahawa warga emas, golongan berisiko tinggi dengan penyakit kronik dan orang kurang upaya masih lagi diberi keutamaan untuk fasa kedua,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja dan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di sini hari ini.

Fasa kedua program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan berlangsung mulai April hingga Ogos 2021.

Katanya, kerajaan juga akan membuat penambahan jumlah pusat pemberian vaksin pada fasa kedua dan ketiga nanti supaya kadar pemberian vaksin dapat dipertingkatkan.

“Ini juga bergantung pada penghantaran vaksin dari luar negara apabila kita menerima lebih banyak jumlah dos vaksin maka kita perlu tingkatkan kadar pemberian vaksin dan memerlukan pusat pemberian vaksin yang lebih besar,” katanya.

Sementara itu, Khairy berkata, pemberian vaksin akan dipercepatkan kepada kawasan industri tertentu terutamanya kilang-kilang di Selangor yang mempunyai jumlah pekerja yang ramai.

“Kita akan senaraikan kilang-kilang dan akan bekerjasama dengan syarikat tersebut untuk melaksanakan vaksinasi di kilang atau asrama pekerja mereka agar mereka tidak perlu keluar ke pusat-pusat vaksinasi yang mana melibatkan orang awam,” katanya.

Khairy berkata, Selangor adalah negeri tertinggi di negara ini yang telah membuat pendaftaran untuk menerima vaksin COVID-19.

“Dari segi ratio pendaftaran kepada populasi sasaran di peringkat kebangsaan adalah 26.9 peratus tetapi di Selangor ia hampir 40 peratus dan ini menunjukkan bahawa kesedaran di Selangor agak tinggi,” katanya.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
20 jam lalu· Isu semasa
MARA ada peruntukan cukup taja pelajar ke luar negara: Mahdzir
August 6, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Popular
Parti liar Janda Baik: Datuk Seri, warga emas antara 25 ditahan
August 11, 2022
Siapa ‘jerung’ di belakang skandal kapal tempur: Rafizi tanya Najib
August 11, 2022
Jawatankuasa peringkat kampung pun terlibat rasuah, kata SPRM
August 11, 2022
Bekas CEO Astro belum serah aset dikaitkan dengan 1MDB, lapor Utusan
August 11, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan terakhir: Adakah Najib sedang guna strategi baharu?
9 minit lalu · Isu semasa
Aktifkan 2FA elak media sosial peribadi digodam, diambil alih
11 minit lalu · Isu semasa
Jangkitan baharu Covid-19 semalam kekal lebih 4,000, 10 kematian
2 jam lalu · Isu semasa
Waktu operasi pejabat Imigresen keluar pasport diubah mulai 15 Ogos
2 jam lalu · Isu semasa
Lebih 23,000 pekerja Indonesia akan masuk secara berperingkat
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok