Usul ungkai Ordinan Darurat ditangguh ke sidang depan

October 12, 2021 · Isu semasa

Usul bagi membahas dan meluluskan ketetapan menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk mengungkaikan Ordinan-ordinan Darurat akan dibawa ke persidangan akan datang.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

“Saya memohon usul Perdana Menteri berkenaan pengungkaian Ordinan-ordinan darurat nombor 13 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini dibawa ke mesyuarat akan datang juga,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Usul penangguhan tersebut diterima Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, antara ordinan terlibat ialah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 dan Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021.

Selain itu, Wan Junaidi berkata mengikut Peraturan Mesyuarat 62, lapan rang undang-undang untuk bacaan kali kedua dan ketiga yang tersenarai di nombor 5 hingga 12 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini turut akan dibawa ke mesyuarat akan datang.

Ia melibatkan Rang Undang-Undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2020; Rang Undang-Undang Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2020; Rang Undang-Undang Lembaga Angkasa Malaysia 2020; Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 dan Rang Undang-Undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2021.

Turut dibawa ke persidangan akan datang ialah Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2021; Rang Undang-Undang Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2021 serta Rang Undang-Undang Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2021.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Dua anggota Kabinet baharu angkat sumpah Ahli Dewan Negara
December 12, 2023· Politik
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
KDN bentang usul lanjutkan tempoh tahanan SOSMA, siasatan kes rumit
March 23, 2022
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok