Usul SOSMA ditolak pembangkang akan dibawa semula sebelum Julai: Hamzah

April 1, 2022 · Isu semasa

Usul pelanjutan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) akan dibentangkan semula sebelum 31 Julai selepas ditolak pembangkang sebelum ini.

Perkara itu disahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang berkata ia akan dibincangkan bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk menentukan cara pelaksanaannya.

“Saya akan bawa kepada Yang Dipertua dengan segera, malah saya ada bercakap dengannya (Yang Dipertua).

“Ada beberapa isu yang kita perlu tengok bagi membolehkan dibawa ke Parlimen akan datang,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Hamzah terdahulu mempengerusikan sesi Libat Urus bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan SOSMA.

Katanya, KDN juga akan mencadangkan Sidang Khas Dewan Negara diadakan sebelum 31 Julai iaitu tarikh akhir tamat tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) nanti, bagi membincangkan usul pelanjutan itu selepas ia dibawa semula ke Dewan Rakyat.

Sebanyak 10 NGO hadir memberi sokongan kepada KDN berkaitan keperluan dan kepentingan Subseksyen 4(5) Akta SOSMA 2012.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, pelanjutan subseksyen tersebut adalah memberi instrumen siasatan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tahanan mengikut SOSMA.

Pada 23 Mac lalu, usul kerajaan untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan Subseksyen 4(5) SOSMA 2012 bagi tempoh lima tahun lagi gagal melepasi undi belah bahagi di Dewan Rakyat.

Perkara tersebut diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun selepas sesi undian itu berakhir.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
Satu sen pun tiada peruntukan dari kerajaan : MP pembangkang
June 13, 2023
Mahkamah boleh buat keputusan segera terhadap Najib: Peguam
August 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok