Usul persendirian ganti Azhar di Dewan Rakyat dengan Azalina?

September 1, 2021 · Isu semasa

Beberapa usul persendirian daripada Ahli Parlimen (MP) bagi menggantikan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Harun difahamkan sudah dihantar ke Parlimen menjelang pembukaan sidang Dewan Rakyat pada 13 September ini.

Agenda Daily difahamkan usul tersebut dihantar oleh pemimpin kanan parti politik yang dilihat tidak berpuas hati dengan prestasi Azhar sepanjang mengendalikan sesi Dewan Rakyat, namun setakat ini maklumat yang diperoleh ia hanya usul persendirian dan bukan dibawa oleh pihak kerajaan.

“Usul (persendirian) untuk menukar Speaker (Yang di-Pertua) banyak diterima kali ini,” kata sumber.

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Ketua Majlis juga dikatakan sudah menerima makluman berhubung isu untuk menukar tersebut, namun buat masa ini ia tiada dalam Aturan Mesyuarat persidangan Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-15.

Sumber memberitahu, spekulasi nama pengganti Azhar yang menjadi calon utama adalah bekas Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said yang meletak jawatannya baru-baru ini sebelum barisan Kabinet baharu diumumkan Ismail Sabri.

Azalina yang berada dalam kem Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada mulanya dikatakan tersenarai dalam Kabinet baharu, namun namanya tercicir dan tidak dilantik sebarang jawatan sebagai Menteri baharu.

Azalina sejurus peletakan jawatannya berkata berharap pengundurannya membolehkan “reset” pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

“Dengan pelantikan perdana menteri baru dan tuntutan orang ramai yang kuat dan jelas untuk kerjasama pelbagai parti, saya mengundurkan diri hari ini untuk mengosongkan kerusi saya.

“(Ini) agar kerajaan dan pembangkang memiliki lebih banyak ruang untuk ‘reset’ Dewan Rakyat kita sehingga Dewan pada Ogos ini dapat benar-benar berfungsi sebagai forum persaingan yang profesional dan kerjasama antara parti mengenai dasar dan kerajaan,” katanya dipetik dalam satu kenyataan.

Azalina adalah antara 15 MP UMNO yang menarik balik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM, yang menyebabkan kejatuhan kerajaan berusia 17 bulan Perikatan Nasional (PN).

Semasa sidang khas Dewan Rakyat pada 26 Julai lalu, Azhar menjadi sasaran pemimpin pembangkang yang mengkritiknya dengan biadab sehingga dilabel sebagai ‘anjing suruhan kerajaan’ oleh MP DAP, Ramkarpal Singh dan didesak meletak jawatan.

Persidangan Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-15 akan berlangsung 13 September ini, ia sepatutnya diadakan pada 6 September tetapi ditangguh seminggu menerusi pemakluman dari Setiausaha Dewan, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin.

Sidang kali ini adalah yang kali pertama sejak Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai PM kesembilan dan perlu menguji keabsahkan kedudukannya di Dewan Rakyat dalam undi percaya nanti bagi menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong.

Sekurang-kurangnya 111 sokongan MP diperlukan bagi mendapat majoriti mudah yang diperlukannya, jika kurang daripada jumlah tersebut ia bermakna Ismail Sabri gagal memperoleh majoriti mudah.

Namun, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan mendedahkan tiada usul undi percaya akan dibawa pada sidang kali ini.

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
7 minit lalu· Isu semasa
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
16 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok