Usul pengeluaran KWSP bersasar dalam manifesto PN ke Parlimen

December 14, 2022 · Isu semasa

Membenarkan suri rumah dan ibu tunggal yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tidak aktif lagi mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan semua simpanan, adalah antara usul yang diteliti oleh Bersatu, untuk dibawa ke Dewan Rakyat.

Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata kebenaran pengeluaran itu akan membantu golongan sasaran menyara kelangsungan hidup mereka yang semakin terhimpit di samping dapat membantu ekonomi keluarga dan kemajuan anak-anak mereka.

Selain itu katanya, turut dicadang dibenar mengeluarkan simpanan mereka ialah bekas pekerja swasta yang tidak aktif lagi membuat caruman KWSP.

“Bekas pekerja swasta yang tidak lagi mencarum kerana diberhentikan kerja, berhenti secara sukarela, baharu berhenti dan tidak mempunyai pekerjaan tetap serta sukar untuk mendapat pekerjaan disebabkan faktor usia dan kesihatan, dibenar mengeluarkan kesemua simpanan persaraan bagi meneruskan kelangsungan hidup dan memperbaiki ekonomi yang semakin meruncing,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas menerima empat usul tuntutan Pengeluaran KWSP 2.0 bersasar daripada Pengerusi Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Selangor (PGIR), Azmi Mohd Tahir, malam tadi (13 Disember 2022).

Hadir sama Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Kalam Salan; ADUN Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi; Ketua Srikandi Muda Malaysia, Nurul Fadzilah Kamaluddin dan mantan Ketua Setiausaha Sulit PM-8, Datuk Dr Marzuki Mohamad.

Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata pencarum yang masih aktif mencarum serta berusia 54 tahun dan ke bawah yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 melebihi RM20,000 dibenar mengeluarkan 30 peratus daripada Akaun 1 mengikut keperluan.

“Ia juga bertujuan bagi meneruskan kelangsungan hidup untuk mengatasi masalah ekonomi yang tidak menentu serta peningkatan harga barang yang berterusan sehingga kini pihak kerajaan masih gagal menangani dengan baik.

“Pencarum yang masih aktif mencarum yang mempunyai baki simpanan Akaun 1 RM19,999.99 dan ke bawah dibenar mengeluarkan keseluruhan simpanan dan meninggalkan baki sebanyak RM200 di dalam Akaun 1 dan 2,” katanya.

Wan Saiful berkata Bersatu akan meneliti usul tuntutan ini untuk dicadangkan di Dewan Rakyat.

Berita berkaitan
Dicabar dedah penyata akaun, DAP kata enggan layan cabaran Bersatu
February 7, 2023· Politik
Tindakan beku akaun Bersatu, DAP paling suka lihat parti Melayu ditindas?
February 5, 2023· Politik
Kumpulan terus desak pengeluaran KWSP bersasar, gesa kerajaan kasihani rakyat
February 4, 2023· Isu semasa
Armada cabar juga PKR dan DAP dedah perbelanjaan mewah semasa berkempen
February 4, 2023· Politik
Popular
KJ tolak tuduhan Anwar AGC tak lulus pembelian vaksin Covid-19
February 8, 2023
Enam maut nahas di Genting
February 8, 2023
Pulau Pinang dilanda banjir
February 4, 2023
SPRM siasat UiTM Holdings setelah alami kerugian RM157 juta
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kertas putih perolehan vaksin, lagi satu kerja buang masa kerajaan campuran
February 8, 2023 · Isu semasa
Harga petrol, diesel tak berubah hingga 15 Februari ini
2 jam lalu · Isu semasa
KJ tolak tuduhan Anwar AGC tak lulus pembelian vaksin Covid-19
3 jam lalu · Isu semasa
Enam maut nahas di Genting
5 jam lalu · Isu semasa
Hormat kedaulatan Malaysia, kata KP Imigresen isu tangkap PATI Indon
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
14 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok