Usul kerajaan kalah, UMNO anggap MoU dengan pembangkang tak terpakai lagi

March 29, 2022 · Isu semasa

Memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dengan pembangkang yang dimerterai September tahun lalu dianggap UMNO kini tak terpakai lagi, kata Datuk Seri Ahmad Maslan.

Setiausaha Agung UMNO itu mempersoalkan tindakan pembangkang walaupun MoU sudah ditandatangani tetapi mereka masih mahu pengundian diadakan, merujuk kepada insiden yang berlaku di Dewan Rakyat semasa usul dibentangkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) gagal diluluskan baru-baru ini.

“Tetapi bila ada undian walaupun ada MoU, pada saya MoU ni tidak terpakai lah, selamat jalan MoU,” katanya dipetik laporan media Utusan Malaysia.

Berhubung dakwaan tidak hadir semasa proses undian belah bahagian di Dewan Rakyat, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian itu berkata menganggap pada awalnya tidak ada pengundian akan berlaku memandangkan selama ini usul kerajaan berjaya diluluskan tanpa melalui proses tersebut.

“Saya tidak mengundi ketika itu sebab saya fikir tidak ada pengundian. Saya hadir sebelum Hamzah (Datuk Seri Hamzah Zainuddin) berucap, Timbalan Speaker, Cameron Highlands tanya saya nak bahas atau tidak, saya kata saya tidak berbahas. Saya cakap, Perjanjian Persefahaman (MoU) itu ada, mana ada mengundi.

“Selama ini tidak ada me­ngundi pun. Jadi, dalam hati saya berkata, memang tidak ada undi ini. Jadi saya keluar untuk urusan perkahwinan anak saya Sabtu dan Ahad lepas,” katanya lagi.

Ahmad juga mendakwa sebenarnya pembangkang yang sengaja mahu melanggar MoU tersebut, malah tidak ada sebarang perundingan dijalankan melibatkan usul yang dibawa oleh Menteri Dalam Negeri dengan pembangkang sebelum ia dibentangkan.

“Kalau memegang pada MoU, kenapa pembangkang tidak mahu buat perundingan? Dia kena ada perundingan antara dua pihak.

“Pihak mereka (pembangkang) perlu proaktif bertanya. Nampak sangat mereka pun tidak mahu membuat perundingan ini dibuat. Ini maksudnya MoU sudah lagi tidak terpakai, mereka sengaja nak melanggar MoU,” katanya lagi.

Dewan Rakyat sebelum ini gagal meluluskan usul untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk tempoh lima tahun lagi.

Usul itu ditolak selepas keputusan undian belah bahagian menunjukkan hanya 84 ahli Parlimen menyokong, manakala 86 ahli Parlimen tidak menyokong, selain 50 Ahli Parlimen tidak hadir.

Kegagalan usul itu menyebabkan KDN tidak dapat melanjutkan kuat kuasa Subseksyen 4(5) bermula 31 Julai ini.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
10 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan negatif vape jangka panjang
August 25, 2021
Cuaca panas, operasi pembenihan awan bermula hari ini di Pulau Pinang
May 3, 2023
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok