Usul batal Perjanjian Petronas akan dibawa ke DUN Sabah

July 13, 2022 · Isu semasa

Usul pembatalan Perjanjian Petronas akan dibawa ke dalam Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang akan berlangsung pada minggu depan.

Langkah membawa usul pembatalan perjanjian ditandatangani dan diluluskan di Parlimen pada 1974 itu akan dibuat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah, ia bagi menyahut cabaran bekas Ketua Menteri, Tan Sri Harris Salleh supaya mengusulkan pembatalan perjanjian itu di DUN.

Dua ADUN tersebut, ADUN Kadamaian Datuk Ewon Benedick dan ADUN Luyang Phoong Jin Zhe menyifatkan langkah tersebut diambil bagi memastikan undang-undang yang diluluskan di Parlimen berkaitan hak dan kepentingan Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) harus terlebih dahulu diluluskan di DUN, sebelum dikuatkuasakan.

“Kami mengambil maklum kenyataan bekas Ketua Menteri yang menyatakan Perjanjian Petronas ditandatangani bagi melaksanakan Akta Pembangunan Petroleum yang diluluskan di Parlimen pada tahun 1974.

“Beliau menyatakan bahawa wakil-wakil rakyat Sabah pada ketika itu juga menyokong keputusan berkenaan.

“Harris juga menyatakan supaya kami mengemuka usul di DUN bagi membatalkan Perjanjian Petronas dan kami terima cabaran itu. Kami akan usulkan pada sidang DUN yang berlangsung 18 hingga 21 Julai ini,” katanya dipetik laporan BH.

Ewon yang mewakili Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) dan Phoong dari parti DAP berkata, sekiranya tidak diluluskan di peringkat DUN, akta berkenaan seharusnya tidak boleh dikuatkuasakan di Sabah.

“Kami tetap dengan pendirian Perjanjian Petronas yang ditandatangani oleh Harris dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan satu kesilapan besar yang merugikan rakyat Sabah sehingga kini.

“Wakil-wakil rakyat yang bersetuju dengan keputusan itu juga turut sama bertanggungjawab atas kesilapan berkenaan.

“Sabah memerlukan kepimpinan yang tegas dan tidak mudah akur kepada kehendak Kerajaan Persekutuan, apatah lagi jika ia hanya memberi keuntungan kepada Putrajaya sahaja,” kata mereka.

Mereka berdua tidak menolak untuk mempertimbang memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar kesahihan Akta Pembangunan Petroleum dan Perjanjian Petronas, sekiranya usul itu tidak berjaya dibawa ke sidang DUN.

Mereka berkata, semakan kehakiman boleh dibuat mengambil kira perjanjian itu dibuat ketika Ordinan Darurat berkuat kuasa, yang kini sudah dibatalkan.

Berita berkaitan
Mangsa banjir di empat negeri kini 12,000 ditempatkan di PPS
January 27, 2023· Isu semasa
Hakim baharu dalam rayuan bekas menteri Sabah terhadap sabitan dan hukuman
January 27, 2023· Isu semasa
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
January 26, 2023· Isu semasa
Dua ADUN PH dilantik dalam Kabinet Sabah, tiada wakil UMNO kem Bung Moktar
January 26, 2023· Politik
Popular
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
January 27, 2023
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Strategi hadapi krisis ekonomi 2023
January 28, 2023
Pemimpin PAS dan Bersatu berkumpul di depan Kedutaan Sweden, tiada pemimpin UMNO
January 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Strategi hadapi krisis ekonomi 2023
7 jam lalu · Isu semasa
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
17 jam lalu · Isu semasa
Kes 1MDB: Saksi mengaku gagal kendali akaun Najib
23 jam lalu · Isu semasa
Pemimpin PAS dan Bersatu berkumpul di depan Kedutaan Sweden, tiada pemimpin UMNO
23 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh pengawal keselamatan, tertuduh dijatuhi hukuman mati
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ustaz Ahmad di majlis kutipan dana PRN Pas Kedah
11 jam lalu
[VIDEO] Noh Omar boleh rayu lagi walaupun sabotaj 16 kali, kata Megat Zulkarnain
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok