Usul bahas isu ekonomi dan kejatuhan ringgit ditolak Dewan Rakyat

October 3, 2022 · Isu semasa

Dewan Rakyat menolak usul bagi membahaskan berhubung isu ekonomi yang dialami negara membabitkan krisis kenaikan harga barang dan kejatuhan mata wang ringgit.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata isu yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sudah dibincangkan sebanyak lapan kali di Dewan Rakyat sebelum ini, termasuk usul tergempar mengenai isu itu yang difailkan Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH-Pulai) pada Disember tahun lalu.

Selain itu katanya, isu berkenaan juga turut disentuh dalam sesi soal jawab hari ini yang dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan panjang lebar.

“Saya sudah memberi lapan soalan untuk diajukan kepada menteri ekonomi yang dibincangkan selama 45 minit dan esok, akan ada lagi satu soalan.

“Selain itu, sesi ini adalah sesi bajet, di mana kita akan bincangkan bajet selama 23 hari di peringkat dasar dan jawatankuasa.

“Saya pasti, isu ini akan diperdebatkan semua Ahli Parlimen dan akan dijawab menteri berkaitan. Justeru, saya terpaksa menolak usul berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Anwar membawa isu berhubung ekonomi negara dan nilai ringgit selepas Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin membangkitkan kebimbangan dengan keadaan semasa ekonomi dan nilai ringgit dihadapi negara ketika ini.

Sebelum ini, Muhyiddin menggesa kerajaan memandang serius isu kejatuhan nilai mata wang ringgit dan mencari langkah segera bagi mengelak ia menjadi lebih parah.

“Isu kejatuhan nilai ringgit juga tidak dipandang serius. Perdana Menteri tidak tampil menjelaskan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk membendung kejatuhan nilai ringgit.

“Malah dikatakan ini bukan masalah besar. Kononnya, Malaysia tidak berada dalam krisis. As if everything is okay.

“Saya tahu tidak semuanya okay di luar sana,” katanya sebelum ini.

Jelas Muhyiddin, kejatuhan ringgit memberi kesan secara langsung terhadap harga barang makanan memandangkan nilai import makanan sahaja mencecah RM63 bilion dan perkara ini pastinya bukan sesuatu yang baik kepada rakyat.

“Malaysia mengimport sebahagian besar bahan makanan. Tahun lalu, nilai import bahan makanan sahaja mencecah RM63 bilion.

“Jika nilai ringgit terus merudum, harga barangan makanan akan menjadi lebih mahal.

“Is this okay? No, it is not okay,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata semua faktor ini tidak dipandang sebagai isu penting yang perlu ditangani dan mungkin disebabkan faktor tersebut rakyat yang berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hanya 35 peratus.

“Nampaknya, Perdana Menteri tidak memandang semua isu ini sebagai sesuatu yang penting.

“Mungkin kerana itulah hanya 35 peratus rakyat berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri pada masa ini. Aspek pengurusan ekonomi negara mencatatkan prestasi terburuk dengan hanya 18 peratus berpuas hati,” katanya.

Berita berkaitan
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
18 jam lalu· Isu semasa
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu dakwa Guan Eng dan PMX kelirukan dewan, buat laporan polis
March 24, 2023· Politik
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
March 23, 2023· Politik
Popular
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor
March 26, 2023
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
11 minit lalu · Isu semasa
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
2 jam lalu · Isu semasa
‘Jawab segera surat tawaran haji’
2 jam lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
2 jam lalu · Isu semasa
Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok