Usul bahas bongkar skandal 1MDB dibawa ke Dewan Rakyat

Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan usul membincangkan pembongkaran amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewangan institusi khasnya Bank Negara (BNM) berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Anwar menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini memaklumkan usul itu dikemukakan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun susulan keterangan bekas Pengerusi Goldman Sachs Group Inc Asia Tenggara Tim Leissner di Mahkamah Amerika Syarikat, menurut laporan Bernama.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata usul itu dibuat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Azhar ketika dihubungi mengesahkan pejabatnya telah menerima pemberitahu bersurat mengenai usul berkenaan.

“Pejabat saya telah menerima (pemberitahu bersurat) usul…saya masih belum putuskan (status usul sama ada diterima atau ditolak),” katanya ringkas kepada Bernama.

Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14 dirasmikan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan persidangan hari pertama bermula esok.

BERITA BERKAIT
POPULAR