Ustaz Kazim kena sihir ‘peluru katak’

May 19, 2022 · Isu semasa

Pendakwah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias mengesahkan beliau mengalami masalah kulit selain mengesyaki dirinya terkena sihir ‘peluru katak’ menyebabkan beberapa bahagian badannya ditumbuhi bintik-bintik seperti belakang katak.

Beliau turut menafikan melakukan gimik untuk melarikan filem lakonannya, Zim Zim Ala Kazim, apabila memuat naik gambar muka dan tangannya yang mengalami masalah kulit di media sosial yang didakwa akibat perbuatan sihir.

Ustaz Kazim dilaporkan berkata beliau tidak perlukan gimik sebegitu untuk memasarkan diri atau mempromosikan filem.

“Itu adalah keadaan diri saya ketika ini dan saya memohon mereka yang mempunyai ilmu mengubati sihir peluru katak untuk bergabung tenaga membantu,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Menurutnya, dia memilih untuk tidak lagi berselindung mengenai penyakit misteri yang dialami sejak lapan bulan lalu itu.

Ustaz Kazim berkata, penyakit itu merebak selepas dia menjalani pembedahan pada kakinya.

“Saya tak boleh siarkan keadaan yang lain kerana saya malu. Saya rasa rendah diri sangat-sangat dan sebab itu saya siarkan gambar lengan itu sebagai kiasan pada badan saya.

“Saya perlukan pertolongan daripada sesiapa, baik doktor atau perubatan alternatif untuk merawat saya. Sakit gatal, gelisah, pedih dan pelbagai perasaan saya selama ini tak boleh lagi saya sorok.

“Saya tidak boleh tidur seharian sejak berbulan yang lalu. Saya bimbang dengan keadaan saya ini akan menghilangkan saya dari dunia dakwah saya.

“Malah, saya juga terpaksa menahan kencing bagi menjaga wuduk sekiranya menjayakan mana-mana program dakwah. Apa yang saya alami seolah-olah memberikan saya kurang keyakinan untuk keluar rumah,” katanya.

Katanya, dia enggan menyimpan keadaan dirinya lagi selepas berjumpa tujuh doktor dan menjalani pelbagai rawatan moden serta tradisional.

“Saya sendiri tidak tahu hendak berubat di mana kerana pelbagai inisiatif sudah diambil. Jadi saya memohon kepada mereka di luar sana untuk membantu saya,” katanya.

Kazim berkata, pengarah filem Zim Zim Ala Kazim iaitu Mawi menggunakan medium filem bagi menggambarkan keadaan yang dihadapi Kazim ketika ini.

“Ia adalah filem mengenai saya dan turut menggunakan kesan khas bagi menjadikan kulit saya buruk. Kita mengambil jurusolek khas seolah-olah menggambarkan keadaan kulit saya ketika ini,” katanya.

Berita berkaitan
Ambil tindakan progresif, benarkan kanabis dan hemp bagi tujuan perubatan
May 6, 2022· Isu semasa
Rakyat perlu diberi kesedaran kegunaan ganja dalam perubatan, buang stigma
April 21, 2022· Rencana
Doktor swasta terlibat tipu sijil vaksin direman lagi
January 14, 2022· Isu semasa
Mat Sabu, Dr Dzulkefly perlu diberikan Ivermectin bukan rakyat
July 28, 2021· Isu semasa
Popular
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
July 3, 2022
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
July 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
9 jam lalu · Isu semasa
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
9 jam lalu · Isu semasa
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
10 jam lalu · Isu semasa
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
13 jam lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok