Usaha Kerajaan PN bawa rakyat keluar dari pandemik semakin berhasil: PM

August 15, 2021 · Isu semasa

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan kerajaan bermula Februari lalu kini menunjukkan perkembangan positif di beberapa buah negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak, Negeri Sembilan dan Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pada masa sama jumlah kes positif bagi kategori 3 hingga 5 di negeri-negeri berkenaan telah mula menunjukkan penurunan setelah liputan dos lengkap vaksin Covid-19 bagi populasi dewasa telah melebihi 40 peratus.

“Semalam apabila buat pertama kalinya, tidak ada kes jangkitan baharu Covid-19 yang dilaporkan di WP Labuan. Sehingga 14 Ogos 2021, kadar vaksinasi lengkap di WP Labuan telah mencapai 88.1 peratus.

“Ini adalah satu perkembangan yang sangat baik dan diharapkan dapat dilihat berlaku di negeri-negeri lain juga, insya-Allah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Perdana Menteri, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan juga memaklumkan situasi di Jabatan Kecemasan di Lembah Klang juga bertambah baik. Contohnya purata pesakit yang menunggu di Jabatan Kecemasan untuk ditempatkan ke wad pesakit bagi hospital Kementerian Kesihatan (KKM) di negeri-negeri Lembah Klang telah menurun.

Katanya, pada 31 Julai 2021, purata sehari pesakit yang menunggu di Jabatan Kecemasan adalah 909 orang, namun hasil perancangan rapi kerajaan dan pelaksanaan strategi oleh KKM serta kesan vaksinasi, purata sehari pesakit yang menunggu telah menurun kepada 239 orang pada 13 Ogos 2021.

“Saya amat berharap agar trend penurunan ini akan berterusan dan dapat mengurangkan beban kes COVID-19 yang serius serta kemasukan pesakit ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Walaubagaimanapun, kapasiti pesakit di ICU masih lagi penuh memandangkan rawatan pesakit di ICU adalah jauh lebih rumit dan memakan tempoh lebih panjang berbanding di wad biasa.

“Dalam pada itu, usaha mempercepatkan vaksinasi juga turut ditumpukan di negeri-negeri lain yang sedang mengalami peningkatan kes. Untuk makluman, kerajaan telah membekalkan sebanyak 2 juta dos vaksin COVID-19 kepada negeri Johor baru-baru ini dan dan akan membekalkan 1.5 juta dos vaksin kepada negeri Sabah dalam bulan Ogos ini.

“Setakat ini, sebanyak 44.1 peratus daripada populasi dewasa di dalam negara telah pun menerima vaksinasi lengkap manakala 72.1 peratus telah menerima suntikan dos pertama,” katanya.

Perdana Menteri berkata semua pencapaian ini tidak mungkin dapat kita lihat pada hari ini tanpa perancangan yang rapi dan pelaksanaan strategi yang kukuh oleh Kerajaan, serta kerjasama dan sokongan yang sangat baik daripada rakyat.

“Saya pernah nyatakan dahulu, dan saya akan katakan sekali lagi. Rakyat Malaysia, anda semua adalah insan yang hebat. Anda semua begitu tabah dan sabar mengharungi pandemik ini walaupun pada hakikatnya amat sukar untuk dilakukan.

“Insya-Allah, data-data yang dikongsikan ini menunjukkan perkembangan yang baik. Segala usaha Kerajaan Perikatan Nasional semakin hampir dengan kejayaan dan insya-Allah kita pasti akan berjaya keluar dari cengkaman pandemik ini dengan teratur dan selamat melalui Pelan Pemulihan Negara.

“Ingin saya ulangi strategi Kerajaan adalah jelas, lebih ramai yang divaksinasi dengan lengkap, lebih ramai penduduk Malaysia yang dilindungi dari jangkitan dengan teruk, lebih kurang beban kepada sistem kesihatan awam kita dan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial dapat dibuka supaya kita kembali berperingkat-peringkat ke kehidupan norma baharu.

“Apa yang lebih penting, jangan sesekali kita berputus asa dengan cabaran ini dan lupa bahawa Covid–19 adalah musuh utama kita semua.
Semoga Allah SWTsentiasa memberkati perjuangan dan usaha kita bersama, insya-Allah,” katanya.

Berita berkaitan
Bantuan makanan bawah program MPN libatkan hampir 15,000 golongan rentan
October 3, 2022· Isu semasa
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
September 29, 2022· Politik
Popular
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
October 6, 2022
Kes libat Syed Saddiq lebih berat daripada Rosmah, SRC: Pendakwaan
October 6, 2022
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
October 6, 2022
PLUS jangka lebuh raya sesak mulai Jumaat
October 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
12 jam lalu · Isu semasa
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
13 jam lalu · Isu semasa
Kutipan cukai individu 2021 jatuh RM11 bilion: Ketua Audit Negara
14 jam lalu · Isu semasa
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
14 jam lalu · Isu semasa
PM menghadap Agong 45 minit
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
15 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok