Usaha normalisasi gaya hidup songsang tak boleh diterima, kata Menteri

March 14, 2023 · Isu semasa

Kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-UMNO tidak menyokong sebarang usaha untuk menormalisasikan gaya hidup songsang di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menjelaskan kerajaan tidak menyokong usaha untuk mempromosi gaya hidup songsang, ia selepas kontroversi perhimpunan di ibu kota baru-baru ini dengan peserta membawa bendera pelangi yang menjadi simbolik kepada fahaman itu.

“Sebarang usaha untuk mempromosi serta menormalisasikan gaya hidup songsang yang bercanggah dengan nilai Islam dan fitrah insan tidak boleh diterima sama sekali,” katanya melalui kenyataan, hari ini.

Beliau juga memberitahu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarahkan menyiasat satu perarakan di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka pada hujung minggu lalu.

Jelasnya, pihak berkuasa juga sudah menerima laporan serta maklum balas daripada orang ramai berhubung perkara itu dan JAWI akan menyiasat dengan kerjasama polis.

Katanya, selaku pihak berkuasa agama di Wilayah Persekutuan, JAWI tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam serta undang-undang yang dikuatkuasakan.

Beliau meminta semua pihak supaya akur dan menghormati kedudukan Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ahad lalu, polis mengesan seramai 150 orang terbabit dalam perhimpunan dipercayai ada kaitan dengan pesta lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) atau perarakan kumpulan seks songsang yang dikatakan berlaku di hadapan Kompleks Sogo ke Dataran Merdeka.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, dilaporkan berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai perhimpunan terbabit kira-kira jam 10 pagi.

Berita berkaitan
Kertas siasatan penganjuran program ‘Jom Ziarah Gereja’ dibuka: Polis
March 19, 2023· Isu semasa
Polis nafi wujud rancangan himpunan besar-besaran untuk tumbangkan kerajaan
March 19, 2023· Isu semasa
Kecam perarakan cosplay PAS di Terengganu, tapi membisu perarakan bendera LGBT?
March 15, 2023· Isu semasa
100 hari: KJ cuma bagi markah B- untuk kerajaan Anwar
March 7, 2023· Isu semasa
Popular
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Radzi beri petua kepada timbalan menteri DAP jawab soalan Parlimen
46 minit lalu · Isu semasa
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
11 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
11 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
12 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri, timbalan menteri cuai, jangan salahkan pegawai gagal jawab isu RMT
13 minit lalu
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
58 minit lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok