Usah cetus kekeliruan tempoh kerja mingguan 45 jam mulai 1 September

August 11, 2022 · Isu semasa

Pindaan Akta Kerja 1955 untuk mengurangkan waktu bekerja mingguan daripada 48 kepada 45 jam berkuat kuasa 1 September depan tidak boleh dipertikaikan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata kementerian bersedia membincangkan perkara itu dengan mana-mana pihak bagi mencapai penyelesaian sekiranya timbul sebarang isu berhubung pindaan itu.

Awang yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan berkata tindakan menyebarkan perbalahan pandangan berkaitan pelaksanaan pindaan itu di platform media sosial hanya akan menimbulkan masalah dan kekeliruan.

Beliau berkata pelaksanaan itu adalah hasil kajian yang melibatkan pekerja, persatuan pekerja dan majikan yang mendapati ia adalah keputusan yang baik yang tidak menjejaskan produktiviti atau kualiti.

“Apa sahaja yang kita lakukan pada peringkat awal, kita boleh duduk berbincang dan bukannya berkongsi di media sosial kerana ia boleh mendatangkan masalah.

“Pindaan itu tidak boleh dipertikaikan kerana terdapat negara maju yang melaksanakan 40 jam bekerja seminggu dan produktiviti mereka meningkat,” katanya pada sidang media di Iskandar Puteri, Johor, hari ini.

Awang menjelaskan, pindaan itu juga membolehkan pekerja mengatur jadual kerja yang lebih fleksibel.

“Menerusi peraturan baharu itu, pekerja dibenarkan bekerja berdasarkan kesesuaian lokasi, masa dan hari, termasuk bekerja dari rumah semasa kecemasan seperti pandemik Covid-19.

“Kita mahu fokus membangunkan institusi kekeluargaan. Contohnya bagi mereka yang bekerja dalam bidang digital akan dapat menjimatkan kos dan masa dengan bekerja dari rumah dan bukannya perlu ke pejabat.

“Kementerian juga sedang mengkaji prosedur operasi standard untuk sistem kerja dari rumah bagi memastikan ini tidak akan menyebabkan konflik antara majikan dan pekerja,” katanya.

Semalam, Dewan Negara meluluskan pindaan Akta Kerja 1955 di mana pengurangan waktu bekerja daripada 48 kepada 45 jam akan berkuat kuasa pada 1 September depan.

Pindaan itu dibuat dengan tujuan menjaga kebajikan pekerja, yang selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Sebelum ini, Awang dilaporkan berkata pekerja dibenarkan memohon pengaturan kerja fleksibel (FWA) daripada majikan mereka selepas pindaan akta itu dibuat berkuat kuasa.

Menurutnya, pekerja hanya perlu menulis surat kepada majikan mereka untuk meminta sama ada kelonggaran waktu bekerja, hari bekerja atau menukar lokasi bekerja.

“Majikan kemudian mempunyai 60 hari untuk menjawab. Dalam surat menjawab permintaan pekerja, majikan mesti menyatakan dengan jelas sama ada permohonan itu diluluskan atau ditolak, dan sebab penolakan juga mesti disertakan,” katanya.

Dilaporkan bahawa kira-kira 62 peratus pekerja sepenuh masa di Malaysia lebih suka fleksibiliti bekerja daripada seminggu bekerja singkat selama empat hari, berdasarkan tinjauan dalam talian oleh Qualtrics.

Secara keseluruhannya, 60 peratus daripada penduduk di Asia Tenggara lebih suka fleksibiliti berbanding minggu bekerja yang singkat.

Berita berkaitan
Waktu operasi pejabat Imigresen keluar pasport diubah mulai 15 Ogos
August 12, 2022· Isu semasa
Selepas kritik Anwar, nama Rafizi tercicir dalam sesi penggulungan?
July 17, 2022· Politik
MAVCOM siasat syarikat penerbangan ubah jadual sesuka hati
May 10, 2022· Isu semasa
Covid-19: Kabinet tentukan jika penjawat awam perlu kerja dari rumah
February 12, 2022· Isu semasa
Popular
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
September 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
12 minit lalu · Isu semasa
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
5 jam lalu · Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
5 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
5 jam lalu · Isu semasa
Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
4 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok