Urusan mahkamah mudah jika tak bersalah: Rafizi ulas ‘gelagat’ Najib

August 23, 2022 · Isu semasa

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli dilihat seolah-olah menasihatkan Datuk Seri Najib Razak supaya tidak menyusahkan mahkamah dengan pelbagai ‘drama’ bertujuah melengah-lengahkan perbicaraan rayuan terakhir sabitan hukuman penjara dan denda di Mahkamah Persekutuan.

Dalam kenyataan hari ini, bekas Ahli Parlimen Pandan itu mengimbas kembali saat di mana dia sering naik turun mahkamah menghadapi pelbagai pertuduhan, termasuk mengikut Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan.

“Saya memang veteran mahkamah. Mana tidaknya, saya pernah turun naik untuk 14 kes.

“Sebahagiannya kes saman sivil, selebihnya kes jenayah di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Perbankan (BAFIA), Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman, Kanun Keseksaan atas tuduhan membuat tohmahan dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perbicaraan rayuan terakhir bekas Perdana Menteri itu di Mahkamah Persekutuan sejak 15 Ogos lalu, yang dipenuhi pelbagai ‘gelagat’ untuk melengah-lengahkan perbicaraan.

Sebelum ini, beberapa kejutan dilakukan Najib dan pasukan undang-undangnya, yang didakwa oleh Pendakwa Raya ad hoc Datuk V Sithambaram sebagai cubaan untuk melengah-lengahkan perbicaraan.

Antara kejutan dilakukan ialah menamatkan khidmat peguam utamanya dalam kes SRC International Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, sebelum melantik Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners sebagai peguam cara baharunya, selain Hisyam Teh Poh Teik sebagai peguam utama.

Najib juga memohon menangguhkan perbicaraan sehingga empat bulan kerana peguam baharu perlu menyemak dokumen berkaitan kes itu. Beberapa hari kemudian, Najib membuat kejutan apabila memecat Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners, sebagai peguam caranya.

Terbaharu hari ini, Najib mengemukakan permohonan supaya Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar rayuannya.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata beliau tidak pernah bertindak menukar peguam demi peguam untuk mewakilinya, selain tidak melakukan sumpah laknat.

“Kami tidak buat sumpah laknat sebab kami yakin bukti-bukti dan fakta yang ada itu jelas. Kami tidak buat stunt berkali-kali di mahkamah dengan menukar peguam demi peguam seperti menukar tontonan video di TikTok.

“Kami tidak mencari segala alasan untuk melengah-lengahkan perbicaraan. Urusan di mahkamah jadi mudah bila kita tidak bersalah. Jika kita dihukum penjara pun, kita akan redha kerana kita yakin ia ujian dari Allah yang akan menaikkan darjat kita,” katanya.

Rafizi berkata urusan mahkamah akan menjadi sukar apabila seseorang itu takut menerima hukuman di atas kesalahan yang telah dilakukan.

Najib didapati bersalah menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng RM42 juta dana SRC International dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun, dan denda RM210 juta oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Bekas perdana menteri itu telah merayu sabitan dan hukumannya di Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan pada 8 Disember tahun lalu sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Berita berkaitan
Najib mohon batal tiga lagi pertuduhan pengubahan wang dana SRC
August 18, 2023· Isu semasa
Rayuan Peguam Diraja UK wakili Najib dalam kes SRC ditolak mahkamah
August 10, 2023· Isu semasa
Saya tak lari, sudah maklum SPRM tarikh balik Malaysia : Menantu Muhyiddin
August 9, 2023· Politik
Tindakan gugur ketua pendakwa raya akan burukkan reputasi negara: Bersatu
August 8, 2023· Politik
Popular
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
September 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
4 jam lalu · Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
4 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
4 jam lalu · Isu semasa
Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK
7 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
3 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok