Untung Petronas Dagangan naik RM776.60 juta pada 2022

February 23, 2023 · Isu semasa

Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Dis, 2022 meningkat kepada RM776.60 juta berbanding RM529.75 juta pada tahun sebelumnya.

Hasil meningkat kepada RM36.75 bilion daripada RM22.67 bilion, kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, lapor Bernama.

Keuntungan bersih tinggi itu disumbang terutamanya daripada keuntungan kasar yang tinggi daripada semua segmen susulan peningkatan permintaan sepanjang tempoh tersebut.

“Peningkatan itu turut disokong oleh pendapatan lain yang tinggi susulan keuntungan sekali yang diperoleh daripada penjualan perniagaan gas petroleum cecair (LPG) di Sarawak,” katanya.

Bagi suku keempat, keuntungan bersih kumpulan meningkat kepada RM144.46 juta berbanding RM137.19 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun sebelumnya manakala hasil melonjak kepada RM9.50 bllion daripada RM7.11 bilion.

Keuntungan bersih tinggi semasa suku tersebut disumbang oleh keuntungan kasar tinggi daripada segmen runcit dan komersial dan peningkatan pendapatan lain.

Berita berkaitan
Sesi dagangan Bursa berakhir rendah pada tengah hari
December 13, 2023· Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Bursa dibuka rendah menjelang keputusan mesyuarat rizab AS
November 1, 2023· Isu semasa
Pasaran saham ditutup rendah, prestasi pasaran bercampur-campur
October 30, 2023· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kes rasuah kementerian RM41j, penulis blog politik kena cekup SPRM
May 12, 2023
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok