Untung Petronas 2022 sebelum kerajaan campuran terbaik dalam sejarah

March 14, 2023 · Isu semasa

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatatkan prestasi kewangannya yang paling mantap dengan keuntungan bersih RM101.6 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022 (FY2022), meningkat 100 peratus berbanding RM50.9 bilion setahun lalu, didorong oleh keadaan pasaran yang menggalakkan tahun lepas.

Syarikat minyak dan gas negara itu merekodkan hasil paling tinggi tahun ke tahun (y-o-y) sebanyak RM375.3 bilion pada FY2022 daripada RM248.0 bilion, melonjak 51 peratus terutamanya disebabkan impak harga yang menggalakkan untuk produk-produk utama sejajar dengan harga penanda aras yang lebih tinggi, lapor Bernama.

Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) meningkat 70 peratus tahun ke tahun kepada RM170.7 bilion.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata ketika pada 2022 membolehkan kumpulan itu memanfaatkan kenaikan harga minyak dan gas dengan baik, tahun lepas juga menandakan peningkatan turun naik permintaan bekalan didorong oleh peralihan mendadak dalam pasaran dan peralihan tenaga yang dipercepatkan.

“Walaupun kami mantap dengan kedudukan yang lebih kukuh, Petronas akan terus mengukuhkan rantaian nilai bersepadu dengan fokus yang lebih terarah kepada kecemerlangan komersial dan operasi,” katanya pada majlis pengumuman prestasi kewangan Petronas untuk tahun kewangan 2022 di sini, pada Isnin.

Tengku Muhammad Taufik menegaskan Petronas akan meneruskan pengembangannya secara organik dengan meneroka peluang dan menegakkan disiplin modal dalam pelaburan semula dan mengembangkan portfolio perniagaannya.

Aliran tunai daripada aktiviti operasi (CFFO) Petronas meningkat kepada RM135.3 bilion, manakala pelaburan modal berjumlah RM50.1 bilion disumbangkan oleh projek-projek huluan dan hiliran.

Jumlah aset syarikat juga mengukuh kepada RM710.6 bilion pada 31 Dis, 2022.

Ekuiti pemegang sahamnya meningkat kepada RM401.6 bilion pada 31 Dis, 2022, terutamanya disebabkan oleh keuntungan yang dicatatkan pada tahun tersebut.

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Petronas Liza Mustapha berkata walaupun sebahagian besar penjanaan hasil adalah di Malaysia, 74 peratus daripada hasil itu direalisasikan melalui eksport dan operasi antarabangsa.

Beliau menambah perbelanjaan modal domestik meningkat sebanyak 24 peratus dengan keputusan pelaburan akhir (FID) adalah untuk 16 projek, manakala pinjaman kumpulan berjumlah RM104 bilion.

Petronas merekodkan jumlah purata pengeluaran harian sebanyak 2,434 ribu tong setara minyak (boe) sehari pada 2022, lebih tinggi daripada 2,275 ribu boe sehari pada 2021, terutamanya didorong oleh permintaan keseluruhan yang bertambah baik untuk gas di Semenanjung Malaysia ditambah dengan peluang yang direalisasikan dan prestasi yang lebih baik daripada operasi antarabangsa.

Kumpulan itu juga mencapai 37 hidrokarbon pertama, 26 FID, dan sembilan penemuan penerokaan di Malaysia dan luar negara, kata Petronas.

Melangkah ke hadapan, Liza berkata industri minyak dan gas berpotensi menyaksikan harga menjadi sederhana pada 2023 memandangkan jangkaan kelembapan ekonomi, walaupun ia berdepan dengan ketidaktentuan pasaran yang berpanjangan.

“Dalam persekitaran ini, syarikat akan terus memacu kecemerlangan operasi dalam perniagaan terasnya sambil mengejar sasaran pertumbuhan dan kemampanan,” tambah beliau.

Berita berkaitan
MP PN tuntut bayaran tunai petroleum terus ke Kelantan
March 7, 2023· Isu semasa
MP PKR pertahan cadangan penyenaraian IPO Petronas, dedah formula kiraan
February 24, 2023· Isu semasa
PETRONAS akan pertahan kedudukan daripada tuntutan tidak berasas pihak Sulu
February 17, 2023· Isu semasa
Petronas umum penemuan minyak di Suriname
September 9, 2022· Isu semasa
Popular
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
9 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
10 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
10 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
13 jam lalu · Isu semasa
27 penyelidik IPTA, IPTS terima geran penyelidikan MASA
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
9 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan campuran takut penyatuan orang Melayu tolak pemimpin Melayu gagal
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok