Untung bersih suku pertama BIMB susut RM52.79 juta berbanding 2021

May 31, 2022 · Isu semasa

Keuntungan bersih Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) menyusut kepada RM105.92 juta untuk suku pertama berakhir 31 Mac, 2021 berbanding RM158.71 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya disebabkan elaun bersih yang lebih tinggi untuk rosot nilai ke atas pembiayaan dan pendahuluan.

Bagaimanapun, hasil naik 0.4 peratus kepada RM773.97 juta daripada RM770.92 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

“Prestasi itu diterjemahkan kepada pendapatan sesaham kumpulan sebanyak 4.95 sen dan pulangan tahunan ke atas ekuiti sebanyak 6.4 peratus selepas cukai dan zakat,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Bank itu berkata pendapatan berasaskan dana bersih meningkat 3.8 peratus tahun ke tahun kepada RM477.78 juta kebanyakannya didorong oleh pendapatan lebih tinggi daripada pembiayaan.

“Manakala pendapatan bukan berasaskan dana menurun sebanyak 37.1 peratus kepada RM45.34 juta kerana keuntungan bersih lebih rendah daripada penjualan aset kewangan pada nilai saksama dan kerugian bersih lebih tinggi daripada penilaian semula aset kewangan pada nilai saksama.

“Jumlah aset kumpulan meningkat tahun ke tahun sebanyak 11.2 peratus kepada RM80.5 bilion dengan aset bersih sesahamnya pada RM3.09.

“Pembiayaan kasar meningkat sebanyak 6.7 peratus tahun ke tahun kepada RM59.8 bilion manakala deposit pelanggan dan akaun pelaburan berjumlah RM68 bilion dengan peningkatan tahun ke tahun sebanyak RM6.6 bilion atau 10.8 peratus,” katanya.

Bank Islam berkata jumlah akaun semasa dan simpanan serta akaun pelaburan urus niaga (CASATIA) berada pada paras yang sihat iaitu 38.6 peratus daripada jumlah deposit pelanggan dan akaun pelaburan manakala nisbah pembiayaan terjejas kasar ialah 1.02 peratus berbanding 0.96 peratus pada hujung tahun lepas.

Jumlah nisbah modal kumpulan kekal kukuh pada 19.5 peratus sehingga 31 Mac 2022, katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mohd Muazzam Mohamed dalam satu kenyataan berkata kumpulan itu komited untuk merealisasikan aspirasi dan strategi LEAP25 kerana ia memanfaatkan pemulihan ekonomi yang dijangkakan.

“Kami kini berada dalam fasa pertumbuhan baharu yang berasaskan prinsip persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) untuk memacu penyampaian dan prestasi serta membangunkan Rangka Kerja ESG, menggabungkan iklim dan pengurusan risiko yang mampan dalam penilaian kredit.

“Aspirasi LEAP25 kami adalah untuk menjadi penyedia terkemuka bagi penyelesaian pembiayaan Shariah-ESG menjelang akhir tahun 2025,” katanya,

Mengenai cadangan perbankan digital, beliau berkata bank itu telah mengambil usaha proaktif dalam menetapkan teknologi, kakitangan dan produk yang betul untuk memenuhi keperluan segmen sasarannya dan berharap untuk memperkenalkan cadangan perbankan digital Bank Islam pada suku ketiga tahun ini.

Mohd Muazzam berkata kumpulan itu menjangkakan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas tahun ini dan sebarang kenaikan dalam OPR akan memberi kesan yang baik kepada keuntungan kumpulan.

Walaupun pembukaan semula ekonomi serantau membawa kepada peningkatan dalam pertumbuhan pembiayaan dan mengurangkan caj susut nilai, kelemahan pasaran yang dilihat sebelum ini telah mengurangkan kesan positif tersebut, katanya.

Bagaimanapun, kumpulan itu terus berhati-hati apabila melihat ketidaktentuan ekonomi di sekeliling termasuk gangguan terhadap pertumbuhan perdagangan, harga komoditi yang melambung tinggi dan situasi geopolitik.

“Kami akan meneruskan daya tarikan kepada perniagaan dan saluran kami menuju tahun 2025 melalui lima pemacu perniagaan kami iaitu pengurusan kekayaan, kewangan sosial, bank digital, perusahaan dan perbankan borong,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
8 cabang perlu jalankan undi semula, keputusan pemilihan PKR ditangguh
May 23, 2022· Politik
Syukur hari raya kembali disambut dalam suasana normal: Muhyiddin
May 2, 2022· Isu semasa
Orang ramai membeli-belah saat akhir, pasar raya penuh
May 2, 2022· Isu semasa
Umat Islam Thai juga sambut Aidilfitri pada Isnin
May 2, 2022· Dunia
Popular
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Operasi cari 10 pemancing, 3 kru bot hilang diperluas: APMM
July 1, 2022
Mahkamah tangguh keputusan kes rasuah Azeez buat kali terakhir
July 1, 2022
Keputusan kes rasuah Rosmah diubah kepada 1 September
July 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Annuar perjelas punca harga barang naik
29 minit lalu · Isu semasa
Kekurangan doktor di HKL, HTA hanya sementara
39 minit lalu · Isu semasa
Permohonan Irwan, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar 19 Okt
40 minit lalu · Isu semasa
Guan Eng menang kes saman terhadap dua akhbar bahasa Cina
44 minit lalu · Isu semasa
Tiada syarikat di Malaysia ada lesen import, jual air zam zam: KKM
49 minit lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
3 jam lalu
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
June 30, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok