Undi pos bagi PRN 6 negeri dibuka 15 Jun ini : SPR

June 8, 2023 · Isu semasa

Permohonan bagi undi pos untuk pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri dibuka mulai 15 Jun ini, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

PRN kali ini melibatkan Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dijangka diadakan pada Julai ini.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak memaklumkan permohonan undi pos bagi semua kategori iaitu Kategori 1A, 1B dan 1C boleh dibuat menerusi pautan https://myspr.spr.gov.my.

Kategori 1A adalah petugas pilihan raya, anggota dan pegawai SPR serta petugas media.

Bagi kategori 1B pula rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara manakala kategori 1C iaitu agensi dan organisasi.

“Anggota polis dan tentera di bawah kategori 1A, kaedah permohonan undi pos dikekalkan secara manual menggunakan Borang 1A yang boleh dimuat turun dari portal https://www.spr.gov.my mulai tarikh sama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini,

Katanya, Borang 1A hendaklah diserahkan kepada pegawai pengurus bahagian pilihan raya pemohon mengundi selepas mendapat perakuan oleh ketua jabatan masing-masing.

“Pemilih yang layak dan berhasrat untuk mengundi secara pos hendaklah mendaftar atau mempunyai akaun MySPR sebelum membuat permohonan undi pos.

“Sehubungan itu, SPR menggalakkan mereka untuk membuat pendaftaran akaun MySPR di pautan https://myspr.spr.gov.my lebih awal bagi membolehkan permohonan segera dapat dilakukan apabila tempoh permohonan undi pos dibuka kelak selain mengelakkan sebarang masalah sekiranya pendaftaran akaun MySPR pada saat akhir,” katanya.

Ikmalrudin berkata, tarikh tutup permohonan undi pos bagi kategori 1A adalah tiga hari sebelum hari penamaan calon, kategori 1B tiga hari selepas mesyuarat khas dan enam hari selepas mesyuarat khas bagi kategori 1C.

Katanya, tarikh mesyuarat khas urusan PRN Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 bagi penetapan tarikh penting termasuk tarikh tutup permohonan undi pos dalam dan luar negara akan dimaklumkan kelak.

“Untuk penghantaran kertas undi pos kepada Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara, SPR menyeru kepada semua PTH Luar Negara untuk menghubungi SPR bagi menyemak alamat luar negara yang disimpan dalam rekod SPR serta mengemas kini alamat tersebut sekiranya telah berpindah atau kembali ke Malaysia.

“PTH Luar Negara berkenaan boleh menghubungi talian 03-8892 7218 atau e-mel ke pthluarneg[email protected] selewat-lewatnya pada 23 Jun ini,” katanya.

Berita berkaitan
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023· Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023· Politik
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023· Politik
SPR tentukan tarikh penting PRK DUN Jepak pada 25 Sept
September 19, 2023· Politik
Popular
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
October 1, 2023
Bajet 2024: Pemain industri perhotelan harap nilai ambang cukai SST dinaikkan
October 1, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
11 jam lalu · Isu semasa
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
11 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
11 jam lalu · Isu semasa
Bajet 2024: Pemain industri perhotelan harap nilai ambang cukai SST dinaikkan
18 jam lalu · Isu semasa
Suspek tikam isteri ditahan reman tujuh hari
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
9 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok