Undi pos dibenarkan bagi pengundi yang bekerja di Singapura: SPR

February 3, 2022 · Isu semasa

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan pengundi warganegara Malaysia yang bekerja di Singapura untuk memohon menjadi pengundi pos pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Menurut Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh, para pengundi boleh memohon sebaik SPR mula membuka permohonan untuk undi pos selepas mesyuarat SPR berhubung PRN Johor pada 9 Februari ini.

Beliau menjelaskan, pengundi yang berada di Singapura adalah termasuk dalam pengundi yang tinggal di luar negara dan SPR memberikan kemudahan itu untuk mereka melaksanakan tanggungjawab berkenaan.

“Pengundi yang bekerja atau tinggal di Singapura atau negara-negara lain boleh memohon untuk mengundi sebagai pengundi pos dalam tempoh ditetapkan SPR,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Johor bakal menyaksikan seramai 2,599,797 juta pengundi aktif daripada keseluruhan kira-kira 3.52 juta penduduk negeri ini layak mengundi dalam PRN yang akan diadakan tidak lama lagi.

Berdasarkan data terkini daripada SPR, jumlah itu disenaraikan sebagai Daftar Pemilih Induk (DPI) yang diwartakan pada 17 Januari lalu.

Mengikut data tersebut, Johor merekodkan seramai 2.57 juta pengundi biasa terdiri daripada orang awam manakala seramai 10,958 pengundi tentera dan pasangan, serta 11,578 pengundi polis dan pasangan mereka.

Mengenai prosedur operasi standard (SOP) PRN Johor, Abdul Ghani sebelum ini berkata, SPR akan mengemukakan cadangan SOP perjalanan pilihan raya, namun keputusan akhir akan dibuat dan dinilai oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Terdapat larangan ke atas semua ceramah dan perhimpunan sosial semasa PRN Melaka pada November. Di Sarawak, ceramah hanya dibenarkan di 64 kawasan yang tidak mempunyai liputan internet, dengan perhimpunan terhad kepada dua jam.

Berita berkaitan
Presiden parti lain yang kalah teruk perlu juga letak jawatan?
April 7, 2022· Rencana
UMNO tak mahu Ismail Sabri jadi PM selepas PRU-15: Dr Mahathir
April 4, 2022· Politik
Pemuda UMNO Kubang Kerian bidas tindakan biadap gesa PM bubar Parlimen
March 14, 2022· Politik
Pecutan terakhir parti politik berkempen sebelum PRN Johor
March 10, 2022· Politik
Popular
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
9 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
10 jam lalu · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
10 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
6 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok