Undi 18 pasti dilaksana tahun ini, kata Menteri Undang-Undang

May 2, 2021 · Isu semasa

Kerajaan memberi jaminan akan melaksanakan Undi 18 dalam masa terdekat pada tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata ketika ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih meneliti beberapa perkara sebelum dimuktamadkan dan menjangkakan ia dapat dilaksanakan Julai ini sekali gus akan membolehkan rakyat Malaysia berumur 18 tahun mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh memberi jangka masa yang tepat tetapi yang pasti dalam tahun ini juga. Kalau boleh buat Julai ini, kita akan buat,” katanya selepas hadir pada Program Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri kepada imam-imam masjid Jumaat, halaqat dan penghulu bagi Parlimen Kota Bharu, hari ini.

Memetik laporan Bernama, Takiyuddin berkata kerajaan menyokong serta amat komited memastikan usaha meminda Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan iaitu menurunkan had umur pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun dapat dilaksanakan.

“Itu memang menjadi hasrat kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk kerajaan memberikan hak kepada rakyat kita yang berumur 18 tahun mengundi dan menentukan kepimpinan negara kita,” katanya.

Menyentuh soal mengapa Undi 18 perlu mengambil masa sebelum dilaksanakan, beliau berkata banyak perkara perlu diambil kira khususnya aspek perundangan.

“Apabila ada perubahan daripada segi polisi misalnya daripada umur 21 kepada 18 tahun ini, ada perundangan tertentu yang perlu dipinda dan ditambah baik kerana di bawah pilihan raya itu ada banyak undang-undang antaranya Akta Kesalahan Pilihan Raya dan Akta Pilihan Raya serta ada peraturan-pertauran mengenai perjalanan pilihan raya dan sebagainya.

“Namun, SPR akan mengambil langkah segera untuk menyelesaikan isu berkaitan perundangan ini. Keduanya pula, isu teknikal juga perlu diambil tindakan oleh kerajaan terutamanya oleh SPR kerana apabila dibuka (undi 18 tahun) maka bilangan (pengundi) akan bertambah sekali gus perlu tambah baik perisian dan sebagainya,” katanya.

Berita berkaitan
Perjuangan rakyat Palestin berasaskan hak dan kehormatan, bukan dendam dan kebencian
October 29, 2023· Rencana
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023· Politik
PMX akan jawab kes rasuah anak murid dihentikan di Parlimen: Laporan
September 18, 2023· Politik
Tolak usul bahas kes Zahid satu keputusan luar tabii: Takiyuddin
September 12, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok