Undi 18: Kerajaan mahu beri kuasa besar kepada anak muda, kata PM

October 19, 2021 · Isu semasa

Keputusan kerajaan untuk memberi taruhan kepada Undi 18 bertujuan untuk memberi kuasa yang besar kepada anak muda dalam proses pembangunan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata pelaksanaan Undi 18 itu membuktikan keyakinan kerajaan kepada anak muda dalam menyertai proses pembangunan negara.

Ismail Sabri yang mengadakan perjumpaan dengan perwakilan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) hari ini berkata beliau telah berkongsi pandangan serta pelan tindakan untuk penambahbaikan.

“Alhamdulillah, banyak input menarik yang telah saya terima hari ini terutama yang diutarakan oleh Presiden MPPK Amir Asyraf sendiri.

“Insya-Allah, kerajaan sentiasa terbuka untuk mendengar pandangan daripada anak muda,” katanya menerusi perkongsian di laman Facebook hari ini.

Ismail Sabri berkata MPPK, yang kini dianggotai 41 pemimpin pelajar mewakili 41 universiti di seluruh negara, bukanlah sekadar simbol kepada kesatuan pelajar institusi pengajian tinggi malah memainkan peranan penting dalam membuka ruang dan mewujudkan komunikasi dua hala antara pelajar dan kerajaan.

Beliau yang pernah menjadi Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya sesi 1982/1983 percaya akan ada antara anak muda yang ditemuinya hari ini menjadi pemimpin besar negara suatu hari nanti.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik selewat-lewatnya pada 31 Dis tahun ini seperti yang diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuching.

Berita berkaitan
Jemput pelajar tahfiz ke konsert, Fadhli bidas penganjur tak sensitif
August 29, 2023· Politik
Pengundi muda perlu celik tanggungjawab mengundi, PRN penentu hala tuju negara
August 8, 2023· Politik
Lagi isu PMX dan pelajar : Tingkah laku Anwar memalukan
August 7, 2023· Politik
Cara Anwar jawab soalan pelajar dibidas Bersatu, gesa minta maaf
August 6, 2023· Politik
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
[KEMAS KINI] Najib pecat peguam cara firma guaman Zaid Ibrahim
August 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok