Undi 18: Kena pinda Akta 19 terlebih dahulu, kata Rais

April 1, 2021 · Isu semasa

Pengundi berusia 18 tahun (Undi 18) – walaupun pendaftaran dibuat – masih tidak boleh mengundi selagi Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19) dan yang bersangkutan tidak dipinda terlebih dahulu.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim, berkata pada masa sama Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 juga perlu dipinda supaya cadangan merangkumi pengundi berumur 18 tahun (Undi 18) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) boleh dilaksanakan.

“Apabila ada cadangan bagi umur 18 tahun untuk menjadi pengundi secara automatik, maka hendaklah Akta itu pun dipinda, tetapi itu tidak dipinda (manakala) peraturan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya juga tidak dipinda.

“Walaupun Perlembagaan sudah dipinda di bawah Perkara 48 misalnya, masih tidak boleh dijalankan lantaran salurannya itu tidak disediakan. Jadi walaupun perlembagaan sudah dipinda tetapi tidak ada prasarananya menerusi undang-undang pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata, jawatankuasa PRU telah tertinggal sesuatu yang asas, iaitu asas peraturan dan undang-undang sampingan kepada pindaan Perlembagaan yang dibuat.

“Undang-undang adalah persoalan pokok, dan itu mesti dilaksanakan dahulu dan jika tidak, tidak boleh dilaksanakan kehendak yang ramai itu.

“Oleh kerana undang-undang itu tidak dilaksanakan di peringkat prasarana, itulah yang saya pandang berat, justeru tidak boleh dipaksa mereka yang 18 tahun automatik menjadi pengundi,” katanya.

Bagi beliau, Rais berkata, soal keberkesanan, faedah, dan risiko Undi 18 adalah soal politik, tetapi soal undang-undang harus dilaksanakan terlebih dahulu.

Berita berkaitan
Pengundi dihalang mengundi semasa PRN Johor dibenar cabar SPR
June 22, 2022· Isu semasa
Zahid bidas pembangkang takut PRU-15, cabar disegerakan
June 9, 2022· Politik
Mahkamah tolak petisyen calon BN bagi DUN Sungai Udang
June 8, 2022· Politik
Kos pilihan raya RM1 bilion jika diadakan secara berasingan, kata bekas timbalan SPR
May 6, 2022· Politik
Popular
Lokman dituduh hina mahkamah ketika prosiding kes Zahid berjalan
June 30, 2022
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Zahid diingat jaga sikap, mahkamah bukan kedai kopi, MT UMNO
June 30, 2022
Mas Ermieyati kaji tindakan terhadap tuduhan Zahid, nafi guna dana parti
June 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lesen pengilang enggan beli sawit, jejas minyak masak digantung
4 jam lalu · Isu semasa
JPA kaji waktu kerja 4 hari seminggu
5 jam lalu · Isu semasa
SRC: 29 Julai pengurusan kes Najib jawab afidavid pendakwaaan
5 jam lalu · Isu semasa
APMM aktifkan operasi cari bot bawa 13 pemancing, kru
5 jam lalu · Isu semasa
Agihan pendapatan ASB 3 Didik 4.25 sen
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
5 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok