UNCHR tidak beri kerjasama untuk kesan pemegang kad tamat tempoh

June 15, 2021 · Isu semasa

Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) tidak memberi kerjasama sepenuhnya dengan Kementerian Dalam Negeri bagi mengesan pelarian pemegang kad yang sudah tamat tempoh dan masih tinggal di dalam negara.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata UNCHR tidak ikhlas apabila sebaliknya meletak syarat kepada kerajaan agar tidak menangkap pemegang kad yang tamat tempoh jika maklumat tersebut dikongsi bersama.

“Adalah baik jika mereka mahu berkongsi tetapi jika mereka meletakkan syarat, mereka sebenarnya tidak ikhlas,” kata Hamzah lapor Bernama hari ini.

Jelasnya, UNCHR hanya mengeluarkan kad tersebut namun tiada penguatkuasaan dilaksanakan mereka apabila terdapat pelarian yang masih menetap di Malaysia walhal kad yang diberikan sudah tamat tempoh.

“UNHCR beri kad kepada mereka tetapi tiada ‘enforcement’(penguatkuasaan). Jika sudah tamat tempoh dan mereka masih menetap di sini, kita tidak tahu bagaimana hendak mencari mereka kerana UNHCR tidak berkongsi butiran itu kepada kita,” katanya.

Katanya perkara ini boleh diselesaikan dengan lebih teratur jika ada polisi dan segala percanggahan pendapat boleh dielakkan.

Berhubung isu penempatan kem pelarian, Hamzah beberapa aspek teknikal dan infrastruktur perlu terlebih dahulu dikaji sebelum ia boleh dilaksanakan.

“Itu adalah salah satu daripada cadangan diutarakan tetapi saya tidak berapa pasti jenis kem pelarian yang macam mana, kami perlu melihat kepada realiti, lokasi, infrastruktur. Semua ini perlu diambil kira,” katanya lagi.

Sementara itu, Hamzah berkata KDN sedang merangka dan berbincang semua pihak termasuk Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara berhubung satu polisi baharu melibatkan warga asing dan menangani masalah yang timbul melibatkan kumpulan tersebut.

Berita berkaitan
Pemuda PAS bidas kenyataan Menteri KDN berhubung cadangan bawa keluar rakyat Palestine
November 6, 2023· Politik
Pindaan Perlembagaan atau pada akta lain dalam isu kewarganegaraan: Saifuddin Nasution
November 1, 2023· Isu semasa
Larangan bertakbir semasa himpunan Palestin itu budi bicara penganjur: Saifuddin Nasution
October 24, 2023· Isu semasa
PRK DUN Jepak: PN sahkan tak letak calon bertanding
October 18, 2023· Politik
Popular
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023
Muhyiddin nasihat hati-hati pulang sempena cuti Krismas
December 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023 · Isu semasa
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023 · Isu semasa
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023 · Isu semasa
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023 · Isu semasa
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
12 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok