Umrah: Umat Islam Malaysia boleh mohon VOA tapi berisiko

August 15, 2022 · Isu semasa

Arab Saudi kini membuka semula perkhidmatan visa semasa ketibaan (VOA) kepada pelawat daripada 50 negara, termasuk Malaysia, sekali gus membolehkan umat Islam mengerjakan umrah secara sendirian tanpa melalui agensi.

Menurut kenyataan disiarkan laman sesawang visa negara itu rakyat negara yang layak, boleh memohon VOA sebagai salah satu daripada banyak cara pelawat asing boleh mendapatkan kebenaran perjalanan ke Arab Saudi.

VOA Arab Saudi ialah permit perjalanan yang boleh diperoleh pelawat sebaik sahaja mereka tiba di negara itu. Ini boleh diperoleh dengan pergi ke pusat pemeriksaan imigresen dan membuat permohonan sendiri sebelum menyeberangi sempadan Arab Saudi.

Cara mendapatkan visa Arab Saudi ini selalunya boleh memakan masa dan tidak menjamin kebenaran perjalanan yang diluluskan.

Langkah pertama untuk mendapatkan VOA itu ialah dengan mendapatkan borang permohonan visa, yang kemudian diserahkan kepada pegawai sempadan, bersama-sama dengan beberapa dokumen sokongan, termasuk salinan kad pengenalan, pasport dan laporan penerimaan vaksin Covid-19.

Yuran VOA hendaklah dibayar sebelum dokumen itu boleh diluluskan. Pemohon perlu menyemak kaedah pembayaran yang diterima untuk sempadan Saudi yang mereka ingin masuki.

Pemohon VOA mungkin perlu menunggu beberapa jam sebelum permit perjalanan diluluskan. Namun, mereka juga harus sedar bahawa VOA tidak dijamin – keputusan muktamad dibuat oleh pegawai imigresen Arab Saudi.

Menurut Arab Saudi cara terpantas dan paling berkesan untuk mendapatkan visa memasuki negara itu adalah melalui perkhidmatan eVisa dalam talian.

Individu yang memohon eVisa Saudi akan dimaklumkan terlebih dahulu mengenai status permohonan mereka. Pengembara menerima pengesahan melalui e-mel dengan eVisa Saudi yang diluluskan mereka.

Pemohon VOA tidak mempunyai jaminan bahawa permintaan visa mereka akan diluluskan. Terdapat risiko bahawa permohonan mereka boleh ditolak dan perlu pulang ke negara asal.

Kelmarin, Arab Saudi mengumumkan pihaknya membenarkan semua pelawat termasuk pemegang visa pelancong untuk menunaikan umrah, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Arab Saudi.

Menurut Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, keputusan itu berkuat kuasa untuk musim umrah bermula 30 Julai bertujuan memberi jemaah pengalaman ibadah dan menikmati kebudayaan setempat.

Kebenaran itu juga terpakai kepada pemegang VOA atau e-visa dan visa Amerika Syarikat, British atau Schengen.

Pemegang visa untuk melawat ahli keluarga dan lain-lain juga boleh menunaikan umrah dengan membuat janji temu melalui aplikasi Eatmarna atau menghantar permohonan ke Unified National Visa Platform.

Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan 20,000 visa umrah telah dikeluarkan pada 31 Julai.

Keputusan itu dibuat susulan pengumuman Arab Saudi pada awal bulan ini untuk memperkenalkan semula program VOA selepas digantung selama kira-kira dua tahun akibat pandemik Covid-19.

Sebelum ini, Arab Saudi juga membenarkan pemilik visa umrah untuk bebas bergerak di mana-mana wilayah di negara itu.

Berita berkaitan
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023· Dunia
Kemalangan van di Balik Pulau korbankan seorang warga Singapura
September 25, 2023· Isu semasa
Tular kenyataan palsu, PAS kata lawan ketandusan idea
August 1, 2023· Politik
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
24 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
24 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
15 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok