UMNO Terengganu muktamadkan tiada kerjasama dengan PAS, tanding semua kerusi

May 6, 2022 · Isu semasa

Semua kerusi di Terengganu akan ditandingi UMNO selepas memuktamadkan keputusan untuk tidak meneruskan kerjasama dengan PAS.

UMNO Terengganu akan meletak semua calonnya bertanding di 32 kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) serta lapan kerusi Parlimen tanpa berunding dengan PAS sama sekali.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Nawi Mohamad, perkara itu dimuktamadkan selepas semua ahli jawatankuasa parti termasuk sayap di lapan bahagian, sependapat dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Said, untuk tidak bergabung dengan mana-mana parti menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Katanya, mesyuarat jawatankuasa parti peringkat negeri juga memutuskan tidak AKAN bergabung dengan PAS, Bersatu, Amanah atau mana-mana parti lain.

“UMNO serta BN sudah mengenal pasti calon berwibawa dan mampu diterima rakyat untuk dicalonkan bertanding di 32 kerusi DUN serta lapan kerusi Parlimen pada PRU akan datang.

“Kita sudah memutuskan untuk meletakkan calon di semua kerusi DUN dan lapan kerusi Parlimen,” katanya dipetik laporan BH.

Nawi yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Hulu Besut mengesahkan pendirian UMNO negeri sudah dibawa ke mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri
Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, lima pemimpin tertinggi parti, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah mengadakan perbincangan mengenai pendirian BN serta UMNO negeri.

“Kita juga sudah memutuskan untuk keluar daripada gabungan Maufakat Nasional (MN). Jadi, tiada keperluan untuk kita bincang mengenai pengagihan kerusi,” katanya.

Mengulas dakwaan ada perbincangan kerjasama di antara Ahmad Said dengan Pengerusi PKR negeri, Azan Ismail, Nawi menafikan dakwaan itu.

Katanya, UMNO memutuskan mempertahan 10 kerusi DUN dimenangi BN dan merampas kembali 22 lagi kerusi pada PRU akan datang.

“Kita juga akan mempertahankan dua kerusi Parlimen iaitu Besut dan Hulu Terengganu, selain merampas enam lagi kerusi yang kini dikuasai PAS,” katanya.

Berita berkaitan
Pembahagian kerusi PN dalam PRN berjalan dengan baik, sudah selesai: Sanusi
18 jam lalu· Politik
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
March 22, 2023· Politik
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
March 20, 2023· Isu semasa
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
March 20, 2023· Isu semasa
Popular
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Terpegun lihat Zuhrah, bulan ‘bersatu’
March 25, 2023
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
1 jam lalu · Isu semasa
‘Jawab segera surat tawaran haji’
1 jam lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
2 jam lalu · Isu semasa
Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor
2 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok