UMNO tak setuju cadangan kerajaan negeri roboh Stadium Shah Alam

July 12, 2022 · Isu semasa

Stadium Shah Alam, yang menjadi ikon kepada pembangunan sukan negeri, tidak sepatutnya dirobohkan jika diselenggara dengan baik oleh kerajaan negeri, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar.

Beliau berkata adalah sesuatu yang mendukacitakan jika kerajaan negeri mengambil keputusan itu kerana pembangunan yang sedia ada sepatutnya diteruskan kesinambungannya walaupun diterajui oleh kerajaan dan parti berbeza, lapor Bernama.

Noh berkata sebagai anak Selangor, Stadium Shah Alam mempunyai nilai sentimental kepada dirinya dan rakyat negeri itu.

“Kalau nak diruntuhkan, saya rasa dukacita kerana sepatutnya stadium terbesar dan terhebat di negeri Selangor itu diteruskan (tidak diroboh) dan penyelengaraan perlu dibuat.

“Sepatutnya bila sudah tiga penggal memerintah, stadium itu diselenggara dan dijaga sebagaimana yang kita (kerajaan Barisan Nasional) buat dahulu.

“Ia seperti rumah, kalau dibiarkan 10 tahun baru nak baiki, memang ia kena runtuh… sayang kalau nak roboh dan bina baharu,” katanya kepada pemberita semasa Program Korban Perdana Parlimen Tanjung Karang di sini hari ini.

Noh, yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, berkata persoalan sama ada kerajaan negeri melakukan kerja-kerja penyelenggaraan ke atas stadium yang dibina pada 1994 itu perlu dijawab oleh Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Sebelum ini, media melaporkan Amirudin tidak menafikan terdapat cadangan untuk merobohkan Stadium Shah Alam dan pihaknya akan menjelaskan secara terperinci mengenai cadangan pembangunan terbaharu stadium itu pada 16 Julai ini.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Popular
KDN bentang usul lanjutkan tempoh tahanan SOSMA, siasatan kes rumit
March 23, 2022
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
KPT larang IPT naikkan yuran pengajian
April 30, 2022
Hanya dua negeri sahaja lagi masih banjir, 705 mangsa kekal di 2 PPS
December 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok