UMNO nak PRU masa banjir, Agong tinjau persediaan banjir

October 6, 2022 · Isu semasa

Ketika Yang di-Pertuan Agong prihatin terhadap bencana tahunan yang bakal menimpa negara setiap hujung tahun iaitu musim tengkujuh dan kemungkinan banjir, UMNO pula terus sibuk mendesak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan tahun ini juga.

Hari ini baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan berangkat mendengar taklimat persiapan menghadapi bencana dan banjir di Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Ampang, Selangor.

Ketibaan Yang di-Pertuan Agong jam 10.25 pagi disambut Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Dr Zaini Ujang, Ketua Pengarah JPS Datuk Dr Md Nasir Md Noh dan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah.

Taklimat tertutup itu disembahkan atas titah Seri Paduka itu bagi mengetahui kesiapsiagaan agensi terlibat menghadapi Monsun Timur Laut 2022/2023 yang dijangka bermula pertengahan November depan dan berakhir Mac 2023.

Untuk rekod, MetMalaysia meramalkan Malaysia bakal mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November depan, yang sekali gus akan menyebabkan banjir besar pada penghujung bulan itu.

Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif dalam tempoh itu, di mana risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.

Sebelum ini, UMNO terus menerus mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya mengadakan PRU-15 seberapa segera tanpa mempedulikan bencana yang bakal menimpa negara setiap tibanya hujung tahun.

30 September lalu, Majlis Tertinggi (MT) UMNO tanpa mempedulikan pendapat dan kehendak majoriti rakyat Malaysia, memutuskan PRU-15 mesti diadakan tahun ini juga, dan meminta Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong memohon perkenan membubar Parlimen ke-14.

Susulan itu, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, hari ini, namun tidak pasti sama ada memohon perkenan baginda membubarkan Parlimen menjadi agenda pertemuan itu.

Sementara itu, beberapa netizen yang mengulas laporan lawatan Yang di-Pertuan Agong untuk mendengar taklimat persiapan menghadapi bencana dan banjir, menyindir UMNO yang terus mendesak PRU diadakan tahun ini.

Sesetengah daripada netizen turut mencadangkan pihak berkaitan supaya mengajak Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri menghadiri majlis taklimat berkenaan.

Mereka turut memuji keprihatinan Yang di-Pertuan Agong yang lebih memahami kebimbangan rakyat, berbanding ahli politik UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang mahu mengadakan pilihan raya ketika musim bencana.

“Moga YDPA dapat membuat keputusan yang adil demi kesejahteraan rakyat, bukan desakan parti politik”. Itu antara komen netizen berhubung lawatan Yang di-Pertuan Agong.

Aiman Hilmi pula menulis “Geng tu kata pilihan raya lagi penting demi selamatkan presiden kesayangan”.

Amir Amzee menulis “Daulat Tuanku… rakyat tengah risau tentang banjir manakala puak tu tengah kalut nak PRU… mohon Tuanku tak perkenan permohonan pembubaran Parlimen”.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
17 jam lalu· Isu semasa
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
December 9, 2022· Isu semasa
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
December 9, 2022· Politik
Annuar Musa antara Ketua Bahagian dipecat UMNO, selain dua Ketua Wanita
December 9, 2022· Politik
Popular
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
December 9, 2022
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
December 9, 2022
1MDB: Saksi beritahu Jho Low sering jemput ke pangsapuri peribadi
December 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
750 mangsa banjir empat negeri ditempatkan di 13 PPS
3 jam lalu · Isu semasa
1,597 kes baharu, enam kematian
6 jam lalu · Isu semasa
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
21 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah arah Bung Moktar dan isteri bela diri, permohonan semakan ditolak
24 jam lalu · Isu semasa
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
21 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok