UMNO janji nak bantu Felda, tapi saya hapus hutang peneroka: Muhyiddin

October 28, 2022 · Isu semasa

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu beliau mempunyai cara untuk membantu melipat gandakan aset dimiliki peneroka Felda.

“Kalau saya dipilih sebagai kerajaan dan diberikan kedudukan untuk memimpin negara. Saya ada idea yang saya nak gunakan nanti, bagaimana aset dan khazanah yang ada dimiliki oleh peneroka Felda nak dilipat gandakan nilai dan hasilnya. Hidup dia (peneroka) lebih baik dan terjamin.

“Ha kalau mahukan itu pilihlah Perikatan Nasional. Baru saya boleh beritahu  macam mana cara kerana ada banyak pakar-pakar yang datang menyatakan boleh bantu saya kalau sekiranya berhajat. Bukan hanya nak menampung peneroka tetapi juga untuk membantu negara,” katanya kepada pemberita selepas melawat pengundi di Pagoh, hari ini.

Sebelum ini, kurang setahun beliau mentadbir negara Ahli Parlimen Pagoh itu berjaya membantu menyelesaikan hutang peneroka sebanyak RM8.3 bilion serta mengambil balik 82 peratus saham Felda Global Venture (FGV) yang sebelum ini disenaraikan ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi perdana menteri.

Menurutnya keputusan itu dibuat dulu kerana memahami masalah kewangan itu membelengu peneroka sudah terlalu lama.

“Kan banyak kes-kes dia (Najib) janji nak selesaikan hutang. Siapa selesaikan hutang Felda? Saya selesaikan. Tak sampai setahun saya masuk dalam kerajaan (sebagai) perdana menteri, saya buat keputusan menghapuskan RM8.9 bilion hutang peneroka Felda.

“Bukan fasal apa, fasal saya tahu mereka (peneroka) sudah lama, mungkin banyak masalah-masalah kewangan dan sebagainya tak mampu nak bayar balik. Kerajaan buat keputusan untuk tak payah bayar.

“Kemudian saya selamatkan mereka, saya berikan satu jumlah RM9.9 bilion dalam bentuk sukuk (Islamic bond). Keluarkan bon pinjam untuk menyelamatkan Felda.  Jadi saya tak tahulah kalau orang Felda tak menimbang apa yang telah pun saya lakukan dalam tempoh kurang setahun,” katanya.

Berita berkaitan
UMNO tandus calon sehingga terpaksa letak calon luar di Kemaman: Sanusi
November 15, 2023· Politik
Fitnah dana judi, MP Pasir Mas kata ingatkan sudah selesai siasatan
November 10, 2023· Politik
Zahid dakwa ramai lagi MP PN akan sokong Anwar selepas ini
November 9, 2023· Politik
Tak perlu sokongan MP pembangkang dalam kerajaan campuran: Mat Maslan
November 4, 2023· Politik
Popular
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
4 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
4 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
4 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
4 jam lalu · Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
9 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok