UMNO berdukacita dengan hukuman penjara Najib, Zahid gesa bertenang

August 24, 2022 · Isu semasa

Keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak menyebelahi Datuk Seri Najib Razak amat mendukacitakan UMNO, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata walaupun bekas Perdana Menteri itu dikekalkan sabitan hukuman penjaranya, namun semangat juangnya akan kekal membara untuk UMNO kembali bangkit semula daripada kekalahan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

“Keluarga besar UMNO melahirkan rasa dukacita atas pengakhiran keputusan perbicaraan Datuk Seri Najib Razak yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022.

“Walau jasad dipenjara, semangat dan daya juang mantan Presiden UMNO itu dalam usaha mempertahankan dirinya serta tampil berada di barisan hadapan untuk melonjakkan semula citra UMNO sehingga mampu bangkit semula selepas kekalahan PRU-14, akan tetap membara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zahid juga menegaskan, UMNO akan terus bersama Najib dalam perbicaraan kes lain yang sedang dihadapi bagi menjamin beliau mendapat keadilan dan tidak dimangsakan dengan tekanan politik.

“Kepada seluruh ahli UMNO, kita perlu bertenang dan tanamkan tekad, segala kepincangan dalam sistem untuk menjamin keadilan, akan menjadi salah satu agenda untuk diperbetulkan.

“Ini termasuklah pendedahan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, mengenai campur tangan politik Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) terdahulu dalam pelantikan hakim dan perjalanan sistem perundangan negara,” katanya lagi.

Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Berita berkaitan
Ku Li bidas keputusan UMNO mahu PRU-15 semasa banjir ikut nafsu semata-mata
3 jam lalu· Politik
PAS aktifkan jentera pilihan raya selepas UMNO desak PM bubar Parlimen
3 jam lalu· Politik
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
3 jam lalu· Politik
PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 bakal jadi kenyataan, PM setuju arahan Presiden?
6 jam lalu· Politik
Popular
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
September 29, 2022
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Kertas siasatan Hakim Mohd Nazlan selesai: SPRM
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,007 kes semalam, 5 kematian
3 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
3 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
5 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
16 jam lalu · Isu semasa
Terbitan MGII Lestari kerajaan RM4.5b terlebih langganan 2.38 kali
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
13 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok