UMNO batal rayuan tuntut RM116.7 juta, wang kini milik Najib dan parti

September 2, 2021 · Isu semasa

UMNO memfailkan notis untuk tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung samannya bagi menuntut semula wang berjumlah RM116.7 juta yang disita polis ketika serbuan di Pavilion Residences.

“Kami telah diarahkan oleh UMNO memfailkan notis untuk tidak meneruskan rayuan yang telah dilakukan pada Isnin lepas (30 Ogos) atas alasan ia kini bersifat akademik,” kata peguam Tania Scivetti dalam mesej di aplikasi WhatsApp kepada Bernama.

Menurutnya, kes saman membabitkan RM116.7 juta itu sudah selesai manakala isu sama membabitkan OBYU Holdings Sdn Bhd.

Dalam kes OBYU Holdings, wang berjumlah RM114 juta yang disita daripada Pavilion Residences telah dikembalikan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan UMNO susulan keputusan kerajaan untuk tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk melucut hak wang itu.

Sejumlah RM114 juta disita ketika serbuan polis ke atas satu unit kondominium mewah di Pavilion milik OBYU Holdings yang didakwa diseleweng daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Berdasarkan senarai mahkamah, rayuan itu dijadual didengar oleh Mahkamah Rayuan esok. Bagaimanapun, ia telah dikeluarkan susulan pemfailan notis untuk tidak meneruskan rayuan itu.

Pada 21 Mac 2019, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan polis dan kerajaan Malaysia untuk membatalkan saman yang difailkan UMNO bagi menuntut agar wang sebanyak RM116.7 juta dipulangkan kepada parti politik itu.

Peryataan tuntutan UMNO antara lain memohon deklarasi bahawa penggeledahan dan penyitaan yang dilakukan pada 17 Mei 2018 di premis terbabit di Tower B, Pavilion Residences, Jalan Raja Chulan adalah salah di sisi undang-undang.

Parti itu menamakan Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Datuk Mohd Sakri Arifin, Penolong Pesuruhjaya Polis JSJK R Rajagopal, Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan kerajaan sebagai defendan.

UMNO turut memohon perintah agar wang berjumlah RM43.3 juta iaitu perbezaan jumlah RM160 juta dan RM116.7 juta dipulangkan kepada parti itu.

Berita berkaitan
MP PKR mahu Anwar perbetulkan kesilapan, pertikai lantikan anak
51 minit lalu· Politik
Dalam wawancara media antarabangsa, Anwar disoal berhubung isu kes rasuah Zahid
3 jam lalu· Politik
Pertemuan dengan RoS, Mat Maslan kata UMNO pertahan usul tiada pertandingan
24 jam lalu· Politik
Fahmi beritahu dirinya sudah dilantik sebagai jurucakap kerajaan
January 31, 2023· Isu semasa
Popular
Perlis juga mahu tutup premis judi
February 1, 2023
Izzah pastikan tender teratur, itu sahaja: Anwar
January 31, 2023
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
February 1, 2023
Fahmi beritahu dirinya sudah dilantik sebagai jurucakap kerajaan
January 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Sabah catat peningkatan mangsa banjir, Johor turun
60 minit lalu · Isu semasa
Harga petrol dan diesel tak turun dan tak naik, kekal tak berubah
1 jam lalu · Isu semasa
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
4 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
4 jam lalu · Isu semasa
Perlis juga mahu tutup premis judi
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
14 jam lalu
[VIDEO] Rekod banduan tetap ada walaupun diampunkan
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok