Ultraman pun takut Covid-19

July 24, 2021 · Isu semasa

Gelagat seorang lelaki yang memakai kostum adiwira popular Jepun, Ultraman, mengejutkan orang ramai yang hadir untuk menerima vaksin Covid-19 di pusat pemberian vaksin (PPV) Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang di Bandar Perda, Bukit Mertajam, semalam.

Mohamad Syukur Mohd Patthi, 27, hadir ke PPV itu untuk menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19, namun sempat melayan kehendak orang ramai yang hendak bergambar dengannya, sambil menuju ke tempat pendaftaran.

“Saya dapat panggilan untuk ke PPV ini saat akhir dan persiapan memilih kostum juga dibuat saat akhir.

“Memandangkan belum ada mana-mana penerima vaksin yang memakai kostum Ultraseven setakat ini, maka adiwira itu menjadi pilihan untuk menghiburkan petugas dan orang ramai,” katanya kepada pemberita.

Mohamad Syukur sebelum ini pernah mencuri tumpuan apabila dia bersama rakan-rakannya yang dikenali sebagai Geng Superhero Penang (GSP) menjual air jagung di tepi-tepi jalan di sekitar Kepala Batas, Seberang Jaya dan Bukit Mertajam di sini, dengan mamakai kostum adiwira kanak-kanak itu.

Katanya beliau bertindak demikian hanya kerana mahu menghiburkan orang awam, termasuk petugas barisan hadapan yang bekerja untuk memastikan imuniti kelompok dapat dicapai dengan segera sekali gus bebas Covid-19.

“Sudah dua tahun saya tidak mengenakan kostum ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya dulu membuat pekerjaan sampingan dengan memakai kostum untuk sambutan hari lahir dan pelbagai program, namun tidak dapat meneruskan kerja ini berikutan PKP,” katanya.

Selain karakter Ultraman, beliau turut mengenakan kostum adiwira popular lain, antaranya Bumblebee, Optimus Prime, Batman, Kamen Rider, Iron Man, Spiderman dan Power Rangers.

“Semua ini adalah koleksi yang saya ada dan sekarang ia hanya mampu disimpan sebab tidak ada program,” katanya yang bekerja sebagai budak penghantar secara separuh masa dengan sebuah syarikat kurier.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok