Ulama tersohor Pulau Pinang Syeikh Abdullah meninggal dunia

January 9, 2022 · Isu semasa

Ulama tersohor Datuk Syeikh Abdullah Bukhari meninggal dunia di rumahnya di Jalan Brani di Georgetown, Pulau Pinang hari ini pada usia 88 tahun.

Allahyarham adalah mantan Imam Masjid Kapitan Keling di Georgetown sejak 1972 hingga 31 Disember 2018, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11 pagi tadi.

Berita pemergian ulama terkenal di Pulau Pinang itu dikongsi di banyak laman sosial Facebook hari ini.

Ia turut dikongsi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri di Facebook beliau.

“Sesungguhnya beliau adalah antara ulama’ tua Pulau Pinang yang boleh dianggap sebagai mutiara berharga bagi negerinya.

“Kali terakhir saya menziarahinya dan menyampaikan sumbangan penghargaan kepada beliau adalah pada 9 Ogos 2020 semasa saya masih menjawat jawatan sebagai Menteri.

“Beliau berkhidmat tanpa jemu sebagai Guru Takmir bermula pada tahun 1985 sehingga tahun 2019,” tulis Dr Zulkifli.

Allahyarham memulakan pendidikan awalnya di Madrasah al-Mashoor al-Islami dengan kelulusan 4 thanawi dan pengkhususan Qismun Takhasasin dan Qismun Muallimun pada 1952.

Selain itu, Allahyarham turut memperoleh kelulusan Tahfizul Qurani dari Jamia Misbahul Hudha, Nidur di India pada 1953 dan memperoleh kelulusan Kelas Alim Maurlaui pada 1958.

Allahyarham dilaporkan pernah mengajar ilmu Fiqh, Usul Fiqh, Mantiq, Tafsir dan Hadits di Madrasah al-Mashoor, Pulau Pinang pada 1958 hingga 1979.

Allahyarham sangat aktif dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat Islam di Pulau Pinang khususnya dan berkebolehan memberi ceramah dalam beberapa bahasa seperti bahasa Melayu, bahasa Tamil dan bahasa Arab selain menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah pada 1960.

Sementara itu jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Makam Noordin di Masjid Kapitan Keling selepas solat Asar hari ini.

Berita berkaitan
Zarul akui bayar RM19 juta kepada orang tengah rapat dengan Najib
August 5, 2022· Isu semasa
Dua anggota polis iring anak MP UMNO kena tindakan tatatertib
August 4, 2022· Isu semasa
Pemandu peribadi terlepas tali gantung
July 27, 2022· Isu semasa
Seorang lelaki ditahan selepas cederakan EXCO DAP di Pulau Pinang
June 19, 2022· Isu semasa
Popular
SRC: Catur terakhir ‘Bossku’ bermula hari ini di Mahkamah Persekutuan
August 15, 2022
Skandal LCS: Pengarah operasi ‘VIP’ dalam senarai pertuduhan SPRM
August 15, 2022
Peninju Thailand maut selepas aksi muay thai di Kota Bharu
August 14, 2022
Rayuan akhir Najib: Ketua Hakim Negara ketuai panel lima hakim
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Harga alat ganti kenderaan naik antara 25 dan 60 peratus: Laporan
1 jam lalu · Isu semasa
Rayuan akhir Najib: Ketua Hakim Negara ketuai panel lima hakim
1 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia diniaga rendah pagi ini, ringgit pula dibuka tinggi
2 jam lalu · Isu semasa
Skandal LCS: Pengarah operasi ‘VIP’ dalam senarai pertuduhan SPRM
2 jam lalu · Isu semasa
SRC: Catur terakhir ‘Bossku’ bermula hari ini di Mahkamah Persekutuan
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
7 minit lalu
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok