UKSB gelar Zahid ‘Monster’, kata saksi kes rasuah Presiden UMNO

June 16, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Shah Alam diberitahu bahawa Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) merujuk Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai ‘Monster’, berdasarkan jenama makanan ringan Mamee Monster, dalam lejarnya untuk bayaran tunai ratusan ribu ringgit kepada bekas Menteri Dalam Negeri itu antara 2014 dan 2018.

Perkara itu didedahkan semasa pemeriksaan ke atas bekas Pengurus Tadbir UKSB David Tan, yang juga saksi ke-17 pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah Presiden UMNO.

Ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran, Tan menjelaskan bahawa beliau telah memberikan nama kod kepada banyak penerima sumbangan kewangan firma itu, termasuk ahli politik, kakitangan kerajaan dan Zahid, untuk menyembunyikan identiti sebenar mereka.

“Saya ingin menjelaskan, pada masa itu saya sedang makan snek Mamee Monster semasa saya membuat catatan dalam lejar untuk Datuk Seri (Zahid),” katanya memetik laporan MalayMail.

Tan mengesahkan kepada mahkamah bahawa hanya beliau seorang sahaja yang mengetahui semua nama kod yang telah beliau tetapkan dalam lejar, sambil menambah bahawa beliau “bimbang” secara tidak sengaja ia akan jatuh ke tangan yang salah dan seterusnya terdedah.

Selain daripada snek ikonik Malaysia, Tan telah merujuk kepada Zahid menggunakan istilah lain, termasuk “Z, ZH, YB, Mon” dan “Young Boy” dalam lejarnya yang turut dikenali sebagai buku 555.

Tan, yang bukan seorang akauntan terlatih, turut memberi keterangan bahawa beliau menyediakan lejar menggunakan Microsoft Excel pada komputer riba peribadinya untuk tujuan simpanan kira-kira.

Dalam kenyataan saksinya, Tan berkata skop tugasnya di UKSB, terutamanya untuk mengurus dan menyelia pentadbiran harian syarikat, menyelia kakitangan pentadbiran, dan melaksanakan arahan yang diterima daripada pengarahnya.

Beliau juga ditugaskan oleh bekas Pengarah UKSB Harry Lee Vui Khiun – yang juga saksi pendakwaan ke-15 – untuk memastikan dana yang mencukupi disediakan untuk diserahkan kepada Zahid setiap bulan.

“Saya menyimpan rekod semua pembayaran yang dibuat kepada Datuk Seri dari 2014 hingga 2018.

“Ia sebenarnya untuk rekod peribadi saya kerana jumlah wang tunai yang terlibat adalah besar. Entri utama yang saya sertakan dalam lejar ialah amaun yang tersedia untuk setiap bulan, amaun yang dikeluarkan dan nama atau nama panggilan penerima yang dimaksudkan.

“Biasanya, saya akan memasukkan catatan setiap hari tetapi pada hari-hari yang sibuk, saya akan menulis di atas sehelai kertas terlebih dahulu sebelum memasukkan butiran dalam lejar kemudiannya atau keesokan harinya,” kata Tan dalam kenyataan saksinya.

Menurut Tan, keseluruhan lejar itu disimpan dalam tiga fail berasingan dengan salinan bagi setiap satu; kesemuanya dilindungi kata laluan dan disimpan dalam dua pemacu kilat USB yang berbeza.

Mengikut fakta kes, UKSB memeterai beberapa perjanjian dengan kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri bagi perkhidmatan kemudahan sistem Visa Luar Negara (VLN) dengan mengendalikan beberapa Pusat Setempat (OSC) di China mulai 2012.

Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan OSC di China dan Sistem VLN, serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, dia didakwa mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan AS$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasminya.

Presiden UMNO itu didakwa melakukan semua perbuatan berkenaan di Seri Satria di Presint 16, Putrajaya dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung.

Berita berkaitan
Arahan keluar RM1 juta tak ikut prosedur, kata saksi kes Syed Saddiq
5 jam lalu· Isu semasa
Rafizi ucap tahniah atas keberanian Mat Hasan sanggah Najib
7 jam lalu· Politik
Mahkamah bebas Yasin daripada hukuman gantung, didakwa miliki kanabis
7 jam lalu· Isu semasa
Mat Hasan bercakap benar berhubung kes Najib, perlu masuk penjara dahulu
12 jam lalu· Politik
Popular
Ia berlaku seperti jangkaan, kata pendakwaan bantah permohonan Najib
July 6, 2022
21 Julai keputusan Najib boleh atau tidak dapat khidmat QC Britain
July 6, 2022
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
Hakim setuju lawat 2 banglo disebut dalam kes rasuah Presiden UMNO
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Zahid mengaku anak diminta pantau pelaksanaan pelaburan dalam hotel
July 6, 2022 · Isu semasa
‘Kelakar’ jika tanya penderma duit haram atau tidak, kata Zahid
36 minit lalu · Isu semasa
Maybank naikkan kadar pinjaman asas 25 mata mulai Jumaat
59 minit lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, Bursa Malaysia pula menjunam
1 jam lalu · Isu semasa
4 Ogos keputusan permohonan Rosmah ketepi Sri Ram
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
2 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok