Ujian PT3 dimansuh mulai tahun ini

June 2, 2022 · Isu semasa

Kementerian Pendidikan (KPM) memansuhkan ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang diperkenal pada 2014 mulai tahun ini, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

PT3 sebelum ini tidak dilaksana pada 2020 dan 2021 ekoran pandemik Covid-19.

Sehubungan itu, KPM akan memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mengandungi tiga komponen iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

“Walapun tiada penilaian pusat (PT3), pelajar tingkatan satu, dua dan tiga akan menduduki ujian akhir tahun dengan menggunakan bank soalan yang disediakan KPM bagi semua mata pelajaran,” katanya memetik Bernama, pada sidang media mengenai pemansuhan PT3 di sini.

Di bawah PBD, Radzi berkata pentaksiran secara formatif serta sumatif akan dilaksana merangkumi pemerkasaan program latihan untuk guru dan pentadbir bagi memantapkan pelaksanaan pentaksiran berterusan (formatif) di sekolah.

Beliau berkata bagi pentaksiran sumatif pula, ia bertujuan memantapkan ujian akhir sesi akademik untuk semua mata pelajaran di peringkat menengah rendah dengan pelaksanaan ujian yang lebih fleksibel.

Katanya ujian akhir sesi akademik atau pentaksiran sumatif akan dilaksana dalam sesi akademik 2022/2023 bagi pelajar tingkatan satu, dua dan tiga.

Radzi berkata pentaksiran sumatif turut melibatkan pelajar tahun empat, lima dan enam dengan set soalan akan disediakan oleh KPM bagi lima mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah, juga bagi sesi akademik 2022/2023.

“Soalan untuk mata pelajaran lain bagi murid tahun empat hingga enam ini akan disediakan oleh guru,” katanya.

Radzi berkata pelaporan PBD akan dibuat secara menyeluruh dua kali setahun iaitu pada pertengahan sesi akademik serta akhir sesi akademik, menggunakan deskriptor bagi tahap penguasaan (TP1-TP6) yang komprehensif dan jelas selain ulasan daripada guru kelas dan guru mata pelajaran.

“Pelaporan pertengahan sesi akademik akan mula dilaksana bagi sesi 2023/2024 manakala pelaporan akhir akan bermula pada sesi akademik 2022/2023,” katanya.

Ditanya mengenai penilaian pelajar yang ingin ke sekolah khusus ketika Tingkatan Empat, Radzi berkata mereka perlu menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).

“Begitu juga dengan pemilihan aliran Sains dan Sastera bagi Tingkatan Empat di sekolah biasa, perbincangan akan diadakan dengan guru, murid serta ibu bapa dan pelaporan PBD akan membantu penetapan aliran kelak,” katanya.

Sekolah khusus terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

Berita berkaitan
ASEAN bimbang peningkatan ujian peluru berpandu Korea Utara
June 12, 2022· Dunia
Tiada caj ujian Covid-19 bagi jemaah haji guna fasiliti KKM
June 2, 2022· Isu semasa
Korea Utara didakwa lancar peluru berpandu lagi
May 4, 2022· Dunia
Beijing dikenakan perintah berkurung, bimbang kes Covid-19 meningkat
April 26, 2022· Dunia
Popular
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Enjin bot rosak: 10 pemancing, 3 kru selamat
July 2, 2022
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
3 jam lalu · Isu semasa
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
9 jam lalu · Isu semasa
Malaysia bukan di planet lain, isu kos sara hidup berlaku seluruh dunia: PM
10 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak masa peket pulih dalam masa terdekat
11 jam lalu · Isu semasa
Segerakan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri bantu rakyat susah
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok